Tampilkan postingan dengan label lemah lembut dalam islam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lemah lembut dalam islam. Tampilkan semua postingan

Sikap Lemah Lembut

Sahabat Ibn ‘Abbās r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. Pernah berkata kepada al-Asyjī: “Kamu mempunyai dua sifat yang membuat Allah dan Rasul-Nya senang; Lemah lembut dan murah hati.” (H. R. Muslim).

Sayyidah ‘Ā’isyah r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنَّ اللَّهَ رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah adalah Maha Lemah Lembut dan sukakan terhadap sikap lemah lembut dalam segala hal.” (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).

Sifat pemarah merupakan sifat tercela yang muncul pada diri manusia akibat dorongan amarah dan hawa nafsu. Islam selalu menekankan pada umatnya untuk menjauhkan diri daripada sifat tercela ini. Sebaliknya, Islam menganjurkan umatnya untuk bersikap lemah lembut. Kerana sifat lemah lembut adalah kebalikan sifat pemarah, maka untuk memahami secara baik sifat etrsebut, kita harus memahami terlebih dahulu apa itu sifat pemarah.

Marah mempunyai banyak tingkatan. Tingkatan paling rendah adalah di saat seseorang tidak mempunyai apapun naluri pemarah, sehingga dia sama sekali tidak dapat emosi. Keadaan seperti ini adalah keadaan yang kurang baik.

Tingkatan yang paling teruk lainnya adalah di saat naluri pemarah seseorang tidak dapat dikawal oleh akal dan ajaran agamanya, sehingga dia tidak mempunyai pertimbangan yang matang dan pilihan yang jelas ketika marah. Sifat ini dapat timbul kerana faktor dalaman yang berupa tingginya naluri kemarahan dan juga faktor luaran yang berupa lingkungan masyarakat yang menganggap kemarahan sebagai sikap pemberani.

Sikap pemarah seperti ini jelas tidak dibenarkan oleh agama, kerana ia dapat menyebabkan seseorang menjadi “buta”, tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kesalahan dan juga menyebabkan seseorang menjadi “tuli”, tidak mau mendengar nasihat dan bimbingan. Akhirnya yang megendalikan tingkah laku mereka adalah hawa nafsu bukan akalnya dan yang keluar dari lisan mereka adalah kata-kata kotor.

Kebencian akan muncul di dalam hatinya sehingga timbul keinginan untuk memukul atau bahkan membunuh. Kalau dia tidak sanggup melampiaskan kekesalannya, maka dirinya akan merasa terhina, atau dia akan mencari pelampiasan lain, seperti dengan menghacurkan barang-barang yang terdapat di hadapannya. Belum lagi, orang yang sedang marah raut mukanya akan berubah menjadi buruk dan menyeramkan, badannya gemetar, langkahnya tidak terkendali dan matanya berwarna merah. Seandainya ketika marah dia melihat dirinya sendiri, maka ia akan menghentikan kemarahan tersebut, kerana malu melihat raut muka dan sikapnya itu.

Adapun tingkatan yang terpuji adalah di saat terdapat keseimbangan antara naluri sikap pemarah dan sikap lemah lembut. Kemarahan model ini adalah kemarahan yang masih berada dalam kendali akal, dan jika ia munculpun kerana didorong oleh sikap sensitifi dan emosi keberagamaan untuk membela agama. Hal ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w., jika Beliau melihat ada larangan-larangan Allah s.w.t. dilanggar, Beliau marah. Namun di saat lain sikap lemah lembut harus selalu muncul menghiasi dirinya.[1]

Setakat ini, maksud dari sikap lemah lembut belum juga terungkap dengan jelas. Oleh kerana itu berikut ini akan dipaparkan beberapa pendapat ulama. Imam al-Ghazālī mendefinisikan sikap lemah lembut dengan terkalahkannya potensi kemarahan terhadap bimbingan akal. Menurut al-Ghazālī, tumbuhnya sifat lemah lembut dalam diri manusia dapat dimulakan dengan melatih diri menahan amarah. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ālī Imrān, 3: 134, yang ertinya: “Orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.”

Hal ini dapat didapat dengan pelatihan, iaitu dengan cara berusaha sedaya upaya untuk menahan setiap amarah yang sedang bergejolak. Jika seseorang telah terbiasa dengan sikap seperti ini maka sikap lemah lembut akan menjadi akhlaknya, dan amarahnya tidak akan bergejolak, seeandainya bergejolakpun dia tidak akan kesulitan mengendalikan.[2]

Sehingga dapat dikatakan bahawa sikap lemah lembut merupakan parameter kesempurnaan akal dalam mengendalikan nafsu amarah.[3]

Terdapat sebahagian orang yang beranganggapan bahawa sifat lemah lembut adalah sikap menahan nafsu. Pendapat ini kurang tepat, kerana nafsu yang harus ditahan jumlahnya banyak sangat, tidak hanya kemarahan sahaja. Menahan nafsu adalah akhlak utama yang paling asas dan harus dimiliki setiap manusia. Dengan menahan nafsu, seseorang akan banyak mendapatkan keutamaan-keutamaan. Kerana sikap itu dapat menjaga seseorang dari melakukan bermacam tindakan tercela yang melenceng dari tuntunan agama. Sikap ini juga dapat melindungi seseorang dari ketundukan terhadap hawa nafsu, menjauhkan dari perbuatan zalim, terlena sehingga melanggar batas-batas yang telah ditetapkan agama.

Sikap lemah lembut sangat berhubung kait dengan sifat sabar. Dua sifat ini memang hampir sama, oleh kerana itu kedua kata ini (al-Hilm dan al-Sabr) sering digunakan untuk menunjuk satu makna yang sama, sebagaimana dalam firman Allah s.w.t dalam surah Āli Imrān, 3: 186, yang ertinya: “Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.”

Ayat ini menegaskan bahawa menghadapi gangguan dengan tenang dan tabah dapat disebut dengan kesabaran dan juga dapat disebut sebagai sikap lemah lembut (al-Hilm).

Begitu juga dalam ayat berikut ini: “Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.” (al-Nahl, 16: 126) Tidak membalas dendam dapat disebut sebagai sikap lemah lembut dan juga dapat disebut sebagai sikap sabar.

Dalam ayat yang lain juga disebutkan: “Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.”

Sabar dan lemah lembut merupakan salah satu akhlak mulia yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. membagi harta pampasan perang. Kemudian terdapat seorang yang berkata: “Pembagian ini tidak adil dan tidak kerana Allah.” Mendengar ucapan ini, pipi Rasulullah s.a.w. memerah dan Beliau berkata: “Semoga Allah mencurahkan kasih sayang-Nya kepada Mūsā. Dia menghadapi gangguan yang lebih menyakitkan hati dari pada ini, namun dia tetap bersabar.”

Walaupun sabar dan lemah lembut mempunyai persamaan, namun ada sisi perbezaan di antara kedua istilah tersebut;

Lemah lembut adalah menahan diri untuk tidak membalas dendam atas perlakuan buruk orang lain yang menyakitkan hati dengan balasan yang sama. Sedangkan sabar adalah menerima dengan lapang dada keadaan yang tidak menyenangkan, seperti kehilangan orang yang dicintai, sakit parah, tertimpa musibah atau kehilangan harta.

Jadi lemah lembut berkaitan dengan hal-hal yang manusia masih mampu melakukan aksi balas dendam. Manakala sabar berkaitan dengan hal-hal yang berada di luar kemampuan manusia.

Perbezaan lain adalah, lemah lembut merupakan kebalikan sifat pemarah yang merupakan pemberontakan jiwa kerana tidak kuasa menahan amarah dengan disertakan dengan sikap menentang.

Sedangkan sabar adalah kebalikan sifat mengeluh yang merupakan sikap tidak berdaya menghadapi keadaan yang menimpa dan tidak disertai sikap menantang.

Al-Qur’an meminta Rasulullah s.a.w. untuk menghiasi diri dengan sifat lemah lembut, supaya Beliau menjadi teladan bagi umat manusia. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-A‘rāf, 7: 199-201, yang ertinya: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma‘ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”  

Pada ayat lain Allah s.w.t. berfirman: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukakan orang-orang yang berbuat kebajikan.”  (Āli Imrān, 3: 133-134).

Berkaitan dengan dua rangkaian ayat di atas, ada salah seorang ulama[4] yang menerangkan bahwa: “Pada rangkaian ayat pertama terdapat perintah untuk menghiasi diri dengan sifat lemah lembut dan meminta perlindungan kepada Allah s.w.t. dari keinginan untuk marah dan balas dendam. Sedangkan dalam rangkaian ayat kedua diterangkan bahawa menahan amarah, melakukan perbuatan-perbuatan fi sabīllillah dan juga memaafkan orang lain adalah sama (pentingnya).”

Jika kita mengetahui bahawa menahan amarah menempati posisi di bawah sikap lemah lembut, maka kita dapat menyimpulkan bahawa sikap lemah lembut adalah sikap yang sangat mulia. Menahan amarah adalah usaha untuk menjadi lemah lembut. Hanya orang yang mempunyai amarah bergejolak sajalah yang memerlukan usaha untuk menahan amarah. Jika seseorang selalu berusaha menahan amarah maka sikap seperti ini akan menjadi kebiasaan dan amarahnya tidak akan sering bergejolak, apabila bergejolak pun dia tidak akan kesulitan untuk mengendalikan.





[1]  Ihyā’ Ulūm al-Dīn.

[2] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/154).

[3] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (2/153).

[4] Dr. Ahamd al-Hūfī dalam kitabnya Min Akhlāq al-Nabī s.a.w.