Tampilkan postingan dengan label akhlak terpuji dan tercela. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label akhlak terpuji dan tercela. Tampilkan semua postingan

Akhlak Terpuji Dan Akhlak Tercela

Imam al-Hasan al-Basrī mendefinisikan akhlak terpuji dengan definisi yang singkat namun padat: “Akhlak  terpuji adalah wajah berseri, penuh kemurahan hati dan menahan diri daripada menyakitkan orang lain.”

Imam ‘Alī bin Abī Tālib r.a. juga memberikan definisi akhlak terpuji dengan definisi yang sangat tepat. Dia mengelompokkan akhlak terpuji ke dalam tiga perilaku; Menjauhkan keharaman, mencari kehalalan dan berbuat baik kepada keluarga.

Hal yang sangat dipuji Allah dalam diri nabi Muhammad adalah keagungan akhlaknya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Qalam, 68: 4, yang ertinya: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”

Bukan hal yang berlebihan apabila dikatakan bahawa semua kebajikan bersumber dari akhlak yang mulia, kerana orang yang mempunyai akhlak mulia akan selalu berusaha dan bersegera melakukan perbuatan-perbuatan baik yang bermanfaat, dan dalam waktu bersamaan ia meninggalkan perbuatan-perbuatan tercela yang merugikan. Dengan cara seperti ini maka orang yang beriman tersebut akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan memperoleh kemenangan di akhirat.

Islam menjanjikan orang yang berakhlak mulia dengan pahala yang agung. Dengan akhlak mulia dan ketakwaan, seseorang akan terhantarkan dengan selamat menuju pintu surga. Ketakwaan menjaga hubungan baik antara seorang hamba dengan Tuhannya, dan akhlak mulia juga akan membangun hubungan baik antara seseorang dengan sesamanya.

Hubungan integral antara keimanan dan akhlak mulia sangat erat sekali. Jika seseorang mempunyai akhlak yang baik maka itu menandakan keimanannya sempurna. Orang yang raut mukanya nampak cerah dan ceria, selalu menahan diri agar ucapan dan tindakannya tidak menyakiti orang lain dan selalu berusaha memberikan kemanfaatan kepada orang lain adalah orang yang mulia di sisi Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. sangat menganjurkan umatnya untuk menghias diri dengan akhlak-akhlak yang terpuji, di samping Beliau juga melarang keras umatnya untuk melakukan perilaku-perilaku yang tercela. Hal ini nampak sekali dalam nasihat-nasihatnya yang terangkum dalam beberapa hadith yang banyak sekali.

‘Abdullāh bin ‘Amr bin al-‘Ās r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. bukanlah orang yang suka melampaui batas (al-Fāhisy) dan bukan juga orang yang suka melakukan perbuatan keji (al-Mutafahhisy). Melainkan Beliau bersabda: “Orang terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya.”[1]

Yang dimaksud dengan al-Fahsy adalah perbuatan yang melampaui batas sehingga dianggap tidak wajar, baik bentuknya berupa ucapan maupun tingkah laku. Sedangkan al-Mutafahhisy adalah orang yang dengan sedar sering dan suka melakukan perbuatan-perbuatan yang melampaui batas.

Berkata sahabat Abū Hurairah r.a.: “Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang hal apa yang paling banyak menyebabkan seseorang masuk surga? Rasul pun menjawab: “Takwa kepada Allah dan berakhlak mulia.” Kemudian Beliau ditanya tentang hal yang paling banyak menyebabkan orang masuk neraka. Beliau menjawab: “Mulut dan kemaluan.” [2]

Berkata sahabat Abū al-Dardā’ r.a.: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Amal yang menjadikan timbangan seorang Mukmin berat di hari kiamat adalah akhlak mulia. Sesungguhnya Allah s.w.t. membenci orang yang melampaui batas-batas (kewajaran) dan tidak mempunyai sopan santun.”[3]

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya tingakatan orang yang berakhlak mulia dapat membandingi orang yang berpuasa (di siang hari) dan bersembahyang (di malam hari).”[4]

Hadith di atas menyebutkan bahawa orang yang berakhlak mulia akan mendapatkan kedudukan yang mulia dan penghargaan yang agung, iaitu derajat dan penghargaan orang yang menjalankan puasa dan salat.

‘Ā’isyah r.a. berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Sesungguhnya seorang Mukmin dengan akhlak mulia (yang menghiasi dirinya) dapat sampai pada tingkatan yang didapat oleh orang yang menjalankan puasa dan sala’t.”[5]

Akhlak mulia mempunyai banyak tingkatan dan tahapan sebagaimana ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w.. Tahapan pertama adalah takwa kepada Allah s.w.t. dimana dan kapan kita berada. Kemudian ia dapat menghapuskan perbuatan-perbuatan jahat dengan  memperbanyak melakukan perbuatan-perbuatan yang baik, di antaranya adalah dengan bersikap baik terhadap orang lain.

Sahabat Abū Dhar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berwasiat kepadanya:

اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ


Maksudnya: “Bertakwalah kepada Allah dimana kamu berada, ikutilah perbuatan jahat dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang baik supaya perbuatan baik itu dapat menghapus dosa perbuatan jelek (yang telah kamu lakukan), berkawan lah dengan orang lain dengan menggunakan akhlak yang terpuji.”[6]

Rasulullah s.a.w. selalu memohon kepada Allah supaya dikaruniai akhlak yang baik sebagaimana jasad-tubuhnya diciptakan dalam keadaan yang baik dan sempurna. ‘Ā’isyah r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. sering berdoa:

اللَّهُمَّ كَمَا أَحْسَنْتَ خَلْقِي فَأَحْسِنْ خُلُقِي


Maksudnya: "Ya Allah, sebagiamana Engaku telah menciptakanku dengan baik, maka perbaikkanlah akhlakku.”[7]

Abū Tha‘labah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَفَيْهِقُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ


Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling saya cintakan dan yang paling dekat denganku di akhirat nanti adalah orang yang mempunyai akhlak terbaik. Dan orang yang paling saya benci dan yang paling jauh dariku di akhirat nanti adalah orang yang mempunyai akhlak paling jelek, iaitu orang yang membuat-buat percakapannya, orang yang berlagak pandai dan orang yang percakapannya besar (sombong dan congkak).[8]





[1]  H. R. al-Bukhārī, Muslim dan al-Tirmidhī.[2]  H. R. al-Bukhārī, Ibn Mājah dan Ahmad.[3]  H. R. Abū Dāwud, al-Tirmidhī dan Ibn Hibbān.[4]  H. R. al-Tirmidhī.[5]  H. R. Abū Dāwud, Ibn Hibbān, Hākim dan Ahmad.[6]  H. R. al-Tirmidhī.[7] H. R. Ahmad.
[8]  H. R. Ahmad dan al-Tabrānī.