Mendamaikan dua pihak yang berselisih dengan adil

Sahabat Abū Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. Bersabda:

كُلُّ سُلَامَى مِنْ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ قَالَ تَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَتُعِينُ الرَّجُلَ فِي دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَكُلُّ خُطْوَةٍ تَمْشِيهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ وَتُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ


Maksudnya: “Setiap sendi yang terdapat pada tubuh manusia harus diberi sedekah. Setiap hari di waktu matahari terbit, kamu mendamaikan dua orang (yang bersengketa) termasuk sedekah. Kamu membantu seseorang menaiki tunggangannya atau menaikkan barangnya ke atas tunggangannya juga termasuk sedekah. Perkataan yang baik, juga merupakan sedekah. Setiap langkah untuk melakukan salat juga sedekah. Begitu juga dengan menyingkirkan hal-hal yang membahayakan (pejalan) di jalanan juga merupakan sedekah.” (H. R. al-Bukhārī, Muslim).

Mendamaikan Dua Pihak Yang Berselisih


Usaha mempererat hubungan antar manusia dan menyatukan hati mereka merupakan perbuatan mulia yang selalu ditekankan oleh ajaran Islam. Perbuatan ini merupakan manifestasi dari pancaran cahaya keimanan yang tertanam di dalam hati setiap Muslim. Dengan usaha seperti ini maka kebenaran akan tegak dan tersebar di antara kaum Muslimin. Namun usaha ini tidak akan mendapatkan kesuksesan apabila tidak didukung dengan adanya semangat kerjasama, solidaritas, saling tolong dan saling bantu di antara sesama mereka

Pikiran-pikiran utama ini selaras dengan kandungan hadith di atas dan juga juga sesuai dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Mā’idah, 5: 2, yang ertinya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.”

Selain itu ada juga hadith yang mempunyai makna senada, iaitu:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى


Maksudnya: “Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal ikatan kasih sayang di antara mereka adalah bagaikan satu tubuh, apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit maka anggota tubuh yang lain ikut merasakan sakit itu, dengan tidak dapat tidur dan merasa demam.” (H. R. al-Bukhārī, Muslim dan Ahmad)

Banyak pelajaran yang dapat diambil dari hadith yang dicatat di awal pembahasan ini. Secara tidak langsung hadith ini menerangkan kekuasaan Allah s.w.t. dalam menciptakan manusia. Allah menciptakan manusia dalam bentuk yang sempurna, anggota tubuh dan sendi-sendinya disusun sedemikian rupa dengan sangat teratur dan rapi. Sehingga secara tidak langsung juga hadith ini mengajak umat manusia untuk merenungkan penciptaannya, kerumitan susunan tulang, sel-sel daging dan juga sirkulasi darah yang terdapat dalam tubuh manusia. Hal ini supaya manusia menyedari kekuasaan Tuhannya.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Fussilat, 41: 53, yang ertinya: “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Qur’an itu benar.”  

Di ayat lain Allah s.w.t. juga berfirman yang ertinya: “Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?” (al-Dhāriyāt, 51: 21) 

Kiranya perlu dicatat bahawa dalam hadith tersebut, Rasulullah secara khusus menyebutkan sendi-sendi tulang telapak tangan, jari dan kaki, kerana sendi-sendi tersebut tersusun secara rapi dan serasi baik dari sisi bentuk maupun fungsinya. Karenanya dalam sebuah ayat, Allah s.w.t. mengancam orang-orang kafir dengan acaman tidak dianugerahi sendi-sendi tulang yang rapi itu. Iaitu dalam firman-Nya, “Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.” (al-Qiyāmah, 75: 4)

Maksudnya adalah kalau Allah berkehendak, Dia akan menjadikan jari-jemari mereka tanpa sela-sela sehingga seperti telapak kaki kuda atau keledai, yang tidak dapat difungsikan sebagaimana tangan manusia.

Selain menyinggung keagungan hasil ciptaan Allah s.w.t., terutama susunan persendian tubuh manusia dan menyinggung peran yang harus dilakukan oleh seorang hamba kepada Tuhannya, hadith ini juga mengandung banyak petunjuk dan nasihat berharga, di antaranya adalah perintah mensyukuri nikmat anggota badan yang tersusun dengan rapi. Tidak dapat dipungkiri bahawa sel-sel tubuh, indera, persendian dan kerangka tulang merupakan kenikmatan agung yang dianugerahkan Allah kepada manusia. Oleh kerana itu kita harus bersyukur kepada Allah s.w.t. atas anugerah yang diberikan-Nya ini. Allah s.w.t. befirman dalam surah al-Infitār, 82: 6-8, yang ertinya: “Wahai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.” Dan pada ayat lain Allah s.w.t. berfirman yang ertinya: “Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu ).” (al-Takātsur, 102: 8).

Yang dimaksudkan dengan kenikmatan dalam ayat ini adalah, kesihatan badan, pendengaran dan penglihatan. Besok di akhirat Allah s.w.t. akan menanyakan pemanfaatan kenikmatan itu kepada hamba-hamba-Nya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Isrā’, 17: 36, yang ertinya: “Dan janganlah kamu mengikutkan apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.” [1]

Ibn Mas‘ūd mempunyai penafsiran lain atas ayat ini. Dia mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kenikmatan dalam ayat ini adalah keamanan dan kesihatan. Dasar pendapat ini adalah sebuah hadith, yang menerangkan hal-hal yang pertama kali akan ditanyakan oleh Allah kepada hamba-Nya, dan dalam hadith tersebut Rasul bersabda: “Kemudian Allah s.w.t. berfiman: ‘Bukankah aku telah memberimu anugerah kesihatan badan, dan menghilangkan hausmu dengan air yang sejuk?”

Berbeza dengan Abū al-Dardā’ r.a., dia menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kesihatan adalah pertumbuhan badan.

Sesuai dengan pendapat Abū al-Dardā’, Wahb bin Munabbih berkata: “Dalam catatan Hikmah keluarga Dāwud disebutkan bahawa nikmat kesihatan sejatinya adalah harta berharga yang tersembunyi, dengannya anugerah terasa nikmat namun kenikmatan itu akan dimintakan pertanggungjawaban di hari kiamat.”

Berbagai bentuk penafsiran ini memang betul adanya. Oleh sebab itu yang perlu diperhatikan adalah meskipun kenikmatan itu sangat banyak sekali, namun manusia sering lupa dengan kenikmatan-kenikmatan agung itu. Mereka tidak mau menyedari bahawa keselamatan dan kesihatan adalah anugerah Allah s.w.t.. Mereka tidak mau berfikir dan merenungi penciptaan dirinya sendiri. Kerenanya mereka lupa bersyukur kepada pencipta-Nya.

Semua kenikmatan ini, seharusnya membuat seorang hamba semakin banyak bersyukur. Jika seorang hamba banyak bersyukur, maka semakin banyak juga anugerah yang akan diberikan kepadanya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ibrāhīm, 14: 7, yang ertinya: “Dan (ingatlah juga), takala Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu’.”

Untuk mensyukuri nikmat, seorang hamba tidak cukup hanya dengan mengucapkan kata syukur. Ucapan itu harus diikuti dengan perbuatan-perbuatan positif.

Secara umum, mensyukuri nikmat dapat dikelompokkan ke dalam dua kategori, iaitu  syukur yang bersifat wajib dan  syukur yang bersifat sunnah.

Syukur yang bersifat wajib iaitu dengan cara melaksanakan semua kewajiban sebagai seorang hamba dan meninggalkan semua larangan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Hal ini dimaksudkan untuk mensyukuri berbagai macam anugerah kenikmatan seperti kesihatan, keselamatan dan nikmat yang lain.

Syukur jenis ini disinggung oleh sahabat Abū Dharr r.a. dalam sebuah athar yang ertinya: “Setiap sendi yang kalian miliki harus diberikan sedekah untuknya. Setiap salat yang dikerjakan merupakan sedekah, puasa juga merupakan sedekah, haji juga sedekah, membaca tasbih juga sedekah, membaca takbir juga sedekah.”[2]

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abū Mūsā al-Asy‘arī juga disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Jika dia tidak dapat melakukan (kebajikan-kebajikan), hendaknya dia menahan diri dari perbuatan jelek dan itu sudah termasuk sedekah.” (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).

Hadith Abū Mūsā ini menerangkan bahawa dengan tidak melakukan tindakan-tindakan yang dapat merugiakan diri sendiri atau orang lain, seseorang sudah termasuk bersyukur. Hal ini dapat dimaklumkan kerana menjauhi perbuatan jelek yang dapat merugikan diri sendiri atau orang lain hanya dapat dilakukan apabila seseorang telah melaksanakan kewajiban-kewajiban keagamaan dan meninggalkan larangan-larangan. Tepat apabila dikatakan, perbuatan terjelek adalah meninggalkan kewajiban-kewajiban agama. Oleh sebab itu ada ulama salaf yang berkata: “Bersyukur adalah meninggalkan kemaksiatan.” Ada juga yang berkata: “Bersyukur adalah apabila seseorang tidak menggunakan kenikmatan yang diperolehnya untuk melakukan maksiat.”

Adapun syukur yang bersifat sunnah adalah semua perbuatan baik yang dilakukan oleh seorang hamba setelah dia menyempurnakan kewajiban-kewajiban dan menjauhi segala macam larangan. Di antaranya adalah dengan mengamalkan ibadah-ibadah sunnah. Orang yang dapat melakukan ini termasuk orang yang derajat syukurnya tinggi. Perbuatan-perbuatan seperti inilah yang sering dianjurkan oleh Rasul dalam sabda-sabdanya. Dan Rasulullah sendiri rajin melaksanakan ibadah-ibadah sunnah ini, bahkan kerana rajinnya melaksanakan salat sunnah, kaki Beliau sampai bengkak. Jika Beliau ditanya: “Mengapa engkau melakukan hal ini. Padahal Allah s.w.t. telah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lewat maupun yang akan datang?” Rasul menjawab: “Bukankah (dengan melakukan ini) saya termasuk hamba yang banyak bersyukur?”





[1]Ini adalah penafsiran sahabat Ibnu Abbas. Lihat, Tafsir Ibnu Katsir
[2] H. R. Abū Dāwud dari Abū al-Aswad.