Bergaul Dengan Baik

Imam al-Bukhārī dan Muslim meriwayatkan:


عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ وَتُدَفِّفَانِ وَتَضْرِبَانِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَغَشٍّ بِثَوْبِهِ فَانْتَهَرَهُمَا أَبُو بَكْرٍ فَكَشَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ وَجْهِهِ فَقَالَ دَعْهُمَا يَا أَبَا بَكْرٍ فَإِنَّهَا أَيَّامُ عِيدٍ


Maksudnya: “Diriwayatkan dari ‘Ā’isyah bahwa pada suatu hari, Abū Bakar menemui ‘Ā’isyah, ketika itu ia bersamadua hamba sahaya perempuan yang sedang bernyanyi sambil memukul rebana, padahal waktu itu Rasulullah s.a.w.  sedang tiduran denganl menutup tubuhnya. Abū Bakar membentak kedua hamba sahaya perempuan tersebut, kemudian Rasulullah s.a.w. membuka kain yang menutup muka Beliau dan berkata: “Biarkan mereka berdua wahai Abū Bakar, kerana hari ini adalah hari raya”" (Muttafaq ‘Alaih).


Bergaul dengan baik merupakan bersikap baik kepada orang lain, sikap ini memerlukan seorang Muslim yang memiliki akhlak Islami. Kerana orang yang mampu memiliki sikap bergaul dengan baik terhadap orang lain, bererti ia merupakan orang yang sabar, lembut, murah hati, gemar memaafkan, jujur, memiliki sifat ‘Iffah (menjaga kehormatan diri), dapat dipercaya, zuhud dan tawādu‘. Sifat-sifat tersebut dan juga sifat yang lain dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.. Dalam hal ini, Beliau telah menunjukkan teladan kepada kita semua dengan sikap yang Beliau praktikkan dalam memperlakukan dan mempergauli para sahabat, isteri-isteri, saudara maranya dan juga seluruh umat Islam dengan baik.


Rasulullah s.a.w.  adalah sosok yang mampu menguasai hati dan jiwa para sahabat, sehingga kecintaan mereka terhadap Beliau jauh melebihi kecintaan mereka kepada sesuatu yang lain. Ungkapan yang selalu mereka gunakan dan selalu mereka sebutkan ketika sedang berbicara dengan Beliau adalah: “Bi abī anta wa ummī yā Rasūlallāh”, yang ertinya: “Saya menebus anda dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah.”


Sikap memperlakukan dan mempergauli dengan baik yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. tidak hanya terbatas pada para sahabat Beliau sahaja. Akan tetapi mencakup semua kaum perempuan, saudara mara, orang lain dan juga budak-budak kecil, baik itu dilakukan ketika berada dalam perjalanan ataupun tidak. Semoga Salawat dan salam selalu tercurahkan kepada Rasulullah s.a.w..


Terhadap para sahabat, Beliau memperlakukan dan mempergauli mereka dengan baik dan lembut. Beliau memanggil mereka dengan sebutan nama kunyah mereka (nama julukan yang diawali dengan kata Abū atau Umm). Hal itu dilakukan sebagai tanda hormat kepada mereka dan juga untuk membahagiakan hati mereka. Jika terdapat seseorang di antara mereka yang belum memiliki nama kunyah, maka Beliau akan memberinya, sehingga untuk selanjutnya ia dikenal dan dipangil dengan nama kunyah tersebut. Beliau memberi nama kunyah kepada Suhaib bin Mālik dengan sebutan Abū Yahyā, kepada ‘Abdullāh bin Mas‘ūd dengan sebutan Abū ‘Abd al-Rahmān, padahal ia tidak memiliki anak. Memberi nama kunyah kepada Anas bin Mālik dengan sebutan Baqlah dan memberi kunyah  kepada dan Abū Bakrah dengan namanya sendiri (dimaksudkan dengan sebutan Abū Bakrah).


Rasulullah s.a.w. juga memberi nama kunyah terhadap budak-budak kecil, seperti nama kunyah Abū ‘Umair yang Beliau berikan kepada saudara Anas bin Mālik. Kisahnya adalah seperti berikut: Anas bin Mālik memiliki saudara lelaki yang bernama ‘Umair, ia memiliki teman bermain berupa seekor burung kecil yang dikenal dengan nama al-Naghru. Pada suatu ketika burung tersebut mati, hati ‘Umair pun bersedih. Melihat ‘Umair nampak bersedih, Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: “Apa yang sedang terjadi pada diri ‘Umair?” Dikatakan kepadanya: “Burung kecil yang menjadi teman bermain telah mati.” Kemudian Beliau berkata kepada ‘Umair: “Wahai Abū ‘Umair, apa yang telah terjadi pada al-Nughair?”[1]


Beliau juga memberi nama kunyah terhadap kaum perempuan yang telah memiliki anak. Seperti halnya Beliau juga yang memulai memberikan nama kunyah terhadap kaum perempuan yang belum memiliki anak. Sebagai contoh, nama kunyah Umm ‘Abdillāh yang Beliau berikan kepada ‘Ā’isyah r.a (yang dimaksudkan dengan ‘Abdullāh di sini adalah anak lelaki saudara perempuan ‘Ā’isyah, iaitu ‘Abdullāh bin Zubair). Beliau juga memberikan sebuah nama kunyah Umm Khalīd kepada seorang perempuan, padahal pada waktu itu perempuan tersebut masih kecil.


Di antara fator yang menyebabkan para sahabat sangat mencintakan Rasulullah s.a.w.  adalah sikap dan perlakuan Beliau kepada mereka yang sangat baik dan lembut. Di bawah ini saya akan menyebutkan enam hadith yang menjadi bukti bahawa Beliau benar-benar memiliki sikap mempergauli para sahabat dengan sangat baik dan lembut. Enam hadith tersebut adalah seperti berikut:




  1. Setiap Rasulullah s.a.w. berjabat tangan dengan seseorang, maka Beliau tidak akan melepaskan genggaman tangannya kecuali orang yang berjabat tangan tersebut melepaskan genggaman tangannya terlebih dahulu.

  2. Pada suatu waktu, ada seorang hamba sahaya perempuan yang datang menemui Rasulullah s.a.w., kemudian ia memegang tangan Beliau dan mengajak Beliau pergi untuk suatu keperluan peribadinya. Beliau menurutkan kemauhan yang diinginkan hamba sahaya perempuan tersebut dan Beliau tidak akan meninggalkannya sampai ia mendapatkan apa yang diinginkan.

  3. Setiap ada seseorang yang mengajak bicara bengan Rasulullah s.a.w., Beliau tidak akan memalingkan mukanya dan berlalu pergi kecuali orang tersebut yang memulakan pergi terlebih dahulu.

  4. Rasulullah s.a.w. tidak pernah memotong pembicaraan seseorang, kecuali jika ia telah melanggar batas. Pada kebiasaannya, Beliau akan memotong pembicaraan mereka dengan cara memlarang mereka atau dengan berdiri.

  5. Setiap baginda Rasulullah s.a.w. bertemu dengan salah satu sahabat, maka Beliau akan memulakan untuk mengajak berjabat tangan, kemudian memegangnya dengan erat dan penuh persaudaraan.[2]

  6. Rasulullah s.a.w. selalu memulakan mengucapkan salam kepada setiap orang yang ditemukan.


Rasulullah s.a.w. adalah sosok yang terkenal sangat ramah dan mulia, ia selalu memuliakan setiap orang yang datang untuk bertemu dengan Beliau. Bahkan kadang-kadang Beliau membentangkan rida’ untuk para tetamu dan mempersilahkan mereka duduk di atas bantal yang sebelumnya Beliau duduk di atasnya. Jika mereka menolak, maka Beliau akan memaksanya sampai mau. Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada salah seorang dari kelompok Bajīlat al-Abtāl (ia adalah Jarīr bin ‘Abdullāh al Bajalī)[3] datang ke majlis Rasulullah s.a.w. yang penuh sesak oleh para sahabat. Ia berusaha mencari tempat duduk, namun tidak menemukannya, akhirnya ia duduk di pintu. Kemudian Rasulullah s.a.w. melipat rida’ Beliau dan melemparkan ke arah Jarīr dengan berkata: “Duduklah di atas rida’ ini.”  Jarīr mengambil rida’ tersebut, namun tidak ia gunakan untuk duduk akan tetapi ia tempelkan ke muka dan menciumnya sambil menangis. Kemudian ia kembalikan rida’ tersebut kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: “Saya tidak akan duduk di atas rida’ Rasulullah s.a.w. ini, semoga Allah s.w.t memuliakanmu seperti halnya kamu telah memuliakan saya.” Rasulullah s.a.w. menoleh ke kiri dan ke kanan dan berkata: “Jika datang kepada kalian seseorang yang mulia di antara kaumnya, maka muliakanlah dirinya.”[4]


Di antara adab atau akhlak Rasulullah s.a.w. yang sangat mulia adalah Beliau tidak pernah menjulurkan kedua kaki Beliau saat sedang duduk bersama para sahabat. Jika ada seseorang yang berbisik kepada Beliau, maka Beliau tidak menolehkan atau menjauhkan kepala Beliau sampai orang yang berbisik tersebut menjauhkan kepalanya dari Beliau. Beliau juga selalu memberi nasihat agar selalu menjaga sikap lemah lembut. Nabi bersabda:


إِنَّ الرِّفْقَ لَا يَكُونُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ وَلَا يُنْزَعُ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ


Maksudnya: “Sesungguhnya sifat lemah lembut tidak terdapat pada sesuatu kecuali akan menjadikannya baik dan indah. Dan sifat lemah lembut tidak akan dihilangkan dari sesuatu kecuali ia akan menjadi jelek.”


Rasulullah s.a.w. tidak pernah berkata kepada seseorang tentang perihal yang terdapat pada dirinya yang tidak Beliau sukakan. Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada seseorang yang datang menemui baginda Rasulullah s.a.w., pada waktu itu terdapat warna kuning dari sisa minyak za‘faran pada diri orang tersebut. Sebenarnya Beliau tidak menyukakan hal ini, akan tetapi Beliau tidak berkata apapun kepada orang tersebut. Ketika orang itu telah pergi, Beliau berkata kepada sebahagian orang yang sedang duduk bersama Beliau: “Andai kata kalian menegurnya, apakah dengan begitu ia akan menghilangkan warna kuning tersebut?”[5]


Beliau juga tidak segan-segan untuk meminta izin kepada budak kecil. Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ditawarkan kepada Beliau segelas air, kemudian Beliau meminumnya. Waktu itu terdapat seorang budak kecil yang sedang duduk di samping kanan Beliau, manakala di samping kiri Beliau telah duduk orang-orang yang sudah tua. Beliau berkata kepada budak kecil tersebut: “Wahai budak kecil, apakah kamu mengizinkan kepadaku untuk memberikan gelas ini kepada para orang tua tersebut?” Budak kecill tersebut menjawab: “Wahai Rasulullah, saya tidak akan memberikan kelebihan air yang baginda minum kepada orang lain.” Beliau pun menyerahkan gelas tersebut kepada budak kecil tersebut.


Jika Rasulullah s.a.w. tidak melihat salah satu sahabatnya selama tiga hari, maka Beliau akan menanyakannya. Jika ia memang sedang tiada, maka Beliau akan mendoakannya, dan jika ia berada di rumah, Beliau akan mengunjungi dan jika ia sakit, Beliau akan menziarahinya.[6]


Rasulullah s.a.w. selalu memberikan maaf kepada orang yang berhak mendapatkannya. Diriwayatkan bahawa suatu ketika ada seorang Arab Baduwī kencing di dalam masjid. Para sahabat secara langsung mencegah dan menghardik orang tersebut. Beliau berkata:


لَا تَزْرِمُوْهُ وَهَرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلًا مِنْ مَاءٍ أَوْ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ


Maksdunya: “Biarkan (ia kencing) jangan kalian ganggu, siramlah kencingnya dengan setimba air, kerana kalian diutus hanya untuk memberikan kemudahan dan kalian diutus bukan untuk mempersulit.”


Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


إِنَّ هَذِهِ الْمَسَاجِدَ لَا تَصْلُحُ لِشَيْئٍ مِنَ الْقَذَرِ وَالْبَوْلِ وَالْخَلَاءِ


Maksudnya: “Sesungguhnya masjid-masjid tidak layak untuk sesuatu berupa kotoran, kencing dan tempat buang hajat.”


Rasulullah s.a.w. juga telah memberikan teladan kepada setiap suami Muslim untuk mempergauli isteri mereka dengan baik dan lembut. Ketika ‘Ā’isyah r.a. cemburu, Beliau merasa maklum atas hal tersebut, Beliau menghormati fitrah dan sifat perempuannya. Dalam hal ini ada sebuah riwayat dari Anas bin Mālik bahawa pada suatu hari sebahagian para sahabat sedang berada bersama baginda Rasulullah s.a.w. di rumah ‘Ā’isyah r.a.. Kemudian datang satu nampan makanan yang dikirim oleh Umm Salamah r.a. dan di letakkan di hadapan Beliau. Beliau berkata kepada kami: “Mari, sila makan” sambil meletakkan tangan Beliau di atas makanan dan kami juga melakukan hal yang sama sehingga kita makan bersama.


Padahal saat itu ‘Ā’isyah sedang membuat makanan, ketika ia melihat makanan yang dikirim oleh Umm Salamah, ia pun mempercepat masaknya. Ketika selesai masak, ia langsung membawanya dan meletakkan di hadapan para sahabat serta mengambil nampan Umm Salamah kemudian memecahkannya. Rasulullah s.a.w. berkata: “Makanlah dengan menyebut nama Allah s.w.t. dari nampan ‘Ā’isyah, ibu kalian sedang cemburu.” Setelah itu Beliau memberikan nampan ‘Ā’isyah kepada Umm Salamah sebagai ganti, dan Beliau berkata: “Makanan diganti dengan makanan dan pinggan diganti dengan pinggan.”[7]


Ketika Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama ‘Ā’isyah r.a., Beliau kadang-kadang bercanda dengan mengajaknya berlomba dengan berlali cepat.  Kadang-kadang ‘Ā’isyah yang menang dan terkadang Rasulullah s.a.w. yang menang, kemudian Beliau berkata: “Semalam kamu yang menang sekarang berganti saya yang menang.”[8]


‘Ā’isyah r.a. meriwayatkan: “Pada suatu hari, saya mendengar suara beberapa orang Habsyī dan yang lain sedang bermain pada hari ‘Āsyurā’. Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada saya: “Apakah kamu ingin melihat mereka bermain?” Saya menjawab: “Benar.” Maka Beliau mengutus seseorang kepada mereka untuk pergi ke masjid, setelah itu Beliau berdiri di antara dua pintu dan meletakkan tangan di atas pintu dengan menjulurkannya. sedangkan saya meletakkan dagu di atas tangan Beliau dan melihat mereka bermain. Setelah beberapa saat Beliau berkata kepada saya: “Apakah kamu sudah puas?” saya menjawab: “Sudah.” Beliau pun memberikan isyarat kepada mereka untuk menyelesaikan (permainan) dan pergi meninggalkan tempat itu.”


‘Ā’isyah r.a. juga meriwayatkan bahawa pada suatu hari, ia melihat orang-orang Habsyī bermain dengan belati mereka di dalam masjid. Ketika ‘Umar r.a. membentak mereka, maka Beliau berkata kepadanya: “Wahai Umar! Biarkan Banī Arfidah bermain.”[9]


Di antara bukti bahawa baginda Rasulullah s.a.w. begitu memperhatikan tentang hal mempergauli isteri dan keluarga dengan baik dan lembut adalah riwayat yang mengatakan bahawa Beliau tidak pernah marahkan isteri-isteri Beliau ketika mereka mengoreksi ucapan Beliau, dan juga ada di antara mereka yang menjauhi Beliau selama satu hari satu malam. Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. berkata kepada ‘Ā’isyah r.a.: “Sesungguhnya aku mengetahui perbezaan kamu, apakah kamu sedang marah atau tidak.” ‘Ā’isyah r.a. berkata: “Bagaimana cara baginda mengetahuinya?” Beliau berkata: “Jika kamu sedang tidak marah, maka kamu akan berkata: “Tidak, demi Tuhan Muhammad.” Dan jika kamu sedang marah, maka kamu akan berkata: “Tidak, demi Tuhan Ibrāhīm.” ‘Ā’isyah r.a. menjawab: “Baginda benar, ketika saya marah, maka saya tidak akan menggunakan namamu.”[10]


Rasulullah s.a.w. selalu memberikan wasiat kepada umatnya untuk berlaku baik kepada para isteri. Pada waktu haji Wadā‘, Beliau bersabda:


أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّ لَكُمْ عَلَى نِسَائِكُمْ حَقًّا وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ حَقًّا, لَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لَا يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ, وَعَلَيْهِنَّ أَن لَا يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ فَإِنْ فَعَلْنَ فَإِنَّ اللهَ قَدْ أَذِنَ لَكُمْ أَنْ تَهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَتَضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ فَإِنْ انْتَهَيْنَ فَلَهُنَّ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ, وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ عِنْدَكُمْ عَوَانٌ لَا يَمْلِكْنَ لِأَنْفُسِهِنَّ شَيْئًا  وَإِنَّمَا أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانَةِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ


Maksudnya: “Wahai orang-orang, sesungguhnya bagi kalian terdapat hak yang wajib atas isteri-isteri kalian, dan begitu juga sebaliknya, bagi isteri-isteri kalian hak yang wajib atas kalian. Hak kalian atas isteri-isteri kalian adalah mereka tidak memasukkan orang yang kamu benci ke dalam rumah kalian, mereka tidak boleh melakukan hal-hal yang keji lagi nyata, jika mereka melakukannya, maka sesungguhnya Allah s.w.t telah memberi izin kepada kalian untuk meninggalkan mereka di tempat tidur (maksudnya tidak menemaninya tidur) dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak membahayakan. Jika mereka telah berhenti dan tidak melakukannya lagi, maka wajib bagi kalian memberi mereka sandang dan pangan dengan cara yang baik. Aku berwasiat kepada kalian agar memperlakuakn isteri-isteri kalian dengan baik, kerana sesungguhnya mereka adalah bagaikan tawanan yang tidak memiliki apa-apa bagi diri mereka, sesungguhnya kalian mengambil mereka berdasarkan amanah Allah s.w.t. dan kalian meminta dihalalkan kemaluan mereka berdasarkan kalimat-kalimat Allah (syariah, perintah dan hukum-Nya).”[11]


Rasulullah s.a.w. selalu memberi wasiat agar mempergauli para isteri dengan baik, Beliau menjelaskan bahawa sikap mengajak bercanda dan bermain kepada seorang isteri merupakan sikap yang dianjurkan, dan bukan merupakan sebuah sikap yang tercela. Beliau bersabda:


اللَّهْوُ فِي ثَلَاثٍ تَأْدِيبِ فَرَسِكَ وَرَمْيِكَ عَنْ قَوْسِكَ وَمُلَاعَبَتِكَ أَهْلَكَ


Maksudnya: “Tiada hiburan dan permainan (yang diperbolehkan) kecuali dalam tiga hal, melatih kuda, memanah dan mengajak bercanda isteri.”[12]


Rasulullah s.a.w. juga melarang suami memukul isterinya, kecuali pada khutbah wadā‘ Beliau yang telah saya sebutkan di atas. Pada suatu ketika dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya mereka (para isteri) telah rosak.” Beliau berkata: “Pukullah mereka, tidak akan memukul mereka kecuali orang-orang yang jelek di antara kalian.”[13]


Rasulullah s.a.w. juga memberlakukan para hamba sahaya dan pembantunya dengan baik dan lembut, kerana akhlak Beliau adalah al-Qur’an. Beliau juga sosok yang membawakan risalah atau misi menyebarkan sikap tolerans dan persamaan kepada umat manusia, Beliau bersabda:


أَلَا لَا فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى أَعْجَمِيٍّ وَلَا لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ وَلَا لِأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ وَلَا أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ إِلَّا بِالتَّقْوَى


Maksudnya: “Ingatlah bahawa tiada keutamaan bagi orang Arab atas orang selain Arab, begitu juga tiada keutamaan bagi orang selain Arab atas orang Arab, tiada keutamaan bagi orang yang berkulit merah atas orang yang berkulit hitam dan tidak ada keutamaan bagi orang yang berkulit hitam atas orang berkulit merah kecuali dengan ketakwaan.”


Di antara bukti yang menguatkan akan hakekat apa yang saya ungkapkan ini adalah kejadian yang dialami oleh Zaid bin Haritsah, sahaya baginda Rasulullah s.a.w.  kisahnya seperti berikut,


Pada suatu ketika, Sa‘dī binti Tha‘labah pergi mengunjungi kaumnya, iaitu Banī Mu‘īin. Pada waktu itu ia bersama puteranya yang bernama Zaid bin Hārithah al Ka‘bī. Setelah sampai pada kaumnya, tiba-tiba Banī al-Qain menyerang Banī Mu‘īn. Mereka merampas harta benda, unta dan menawan budak-budak kecil, dan di antara budak-budak kecil yang tertawan adalah Zaid bin Hārithah, sedangkan Zaid bin Hārithah adalah budak kesil yang berumur delapan tahun. Kaum al-Qain pun membawa Zaid ke pasar Ukaz untuk dijual, dan ia dibeli oleh seorang pemimpin kaum Quraisy yang kaya raya, iaitu yang bernama Hakīm bin Hizām bin Khuwailid dengan harga empat ratus dirham.


Selain membeli Zaid, ia juga membeli beberapa budak yang lain dan mereka dibawa pulang ke Makkah. Ketika bibinya yang bernama Khadījah binti Khuwailid mengetahui jika dirinya telah kembali, maka Khadījah bergegas pergi menemui untuk mengucapkan salam dan selamat datang kepadanya. Kemudian Hakīm bin Hizām berkata kepada Khadījah: “Wahai bibi, saya telah membeli beberapa budak kecil dari pasar Ukaz, bibi boleh memilih di antara mereka yang bibi suka. Budak tersebut sebagai hadiah untuk bibi.” Khadījah pun memeriksa satu persatu, dan pilihanya jatuh pada Zaid bin Hārithah, kerana ia melihat pada mukanya tanda-tanda keutamaan dan keluhuran nasabnya, dan ia langsung membawa Zaid pulang.


Tidak lama setelah itu, Khadījah berkahwin dengan Muhammad bin ‘Abdullāh dan ia ingin memberi suatu kejutan dan hadiah kepada suaminya Muhammad. Ia tidak menemukan sesuatu yang lebih baik daripada hamba sahaya yang dimilikinya yang bernama Zaid bin Hārithah. Maka Khadījah menghadiahkan Zaid bin Hārithah kepada Muhammad.


Ketika Zaid bin Hārithah, budak kecil yang sangat beruntung itu bahagia hidup bersama Muhammad dan mendapatkan keberuntungan kerana selalu bersama Beliau serta dapat mengeenalnya. Namun di tempat yang lain terdapat ibu Zaid yang bernama Sa‘dā selalu diliputi duka yang mendalam dan rasa sedih kerana telah kehilangan putera tercintanya. Air matanya selalu mengalir, hatinya selalu bersedih dan tidak dapat tenang kerana selalu memikirkan putera tercinta, Zaid bin Hārithah. Kesedihan ia tersebut semakin bertambah berat dan mendalam karena ia tidak mengetahui tentang khabar puteranya. Apakah Zaid masih hidup, sehingga ia masih ada harapan untuk bertemu kembali ataukah ia sudah mati, sehingga taida harapka untuk kembali semula.


Manakala bapaknya, iaitu Hārithah, tidak pernah berhenti untuk mencari di seluruh kawasan dan selalu bertanya kepada setiap kafilah. Ia ungkapkan kesedihan tersebut melalui bait-bait sya‘ir kesedihan yang begitu menyayat hati:


بَكَيْتُ عَلَى زَيْدٍ وَلَا أَدْرِي مَا فَعَل   #   أَحَيٌّ فَيُرْجَى أَمْ أَتَى دُوْنَهُ الْأَجَلُ


“Aku selalu menangis untuk puteraku yang bernama Zaid, dan aku tidak mengetahui khabarnya sekarang, apakah ia masih hidup, sehingga masih terdapat harapan untuk bertemu ataukah ia telah dijemput oleh ajal?”


 


فَوَ اللهِ مَا أَدْرِي وَإِنِّي لَسَائِلٌ   #   أَغَالَكَ بَعْدِي السَّهْلُ أَمْ غَالَكَ الْجَبَلُ


“Demi Allah, aku tidak mengetahui dan aku bertanya, apakah kamu telah diculik oleh hamparan tanah atau kamu telah diculik oleh gunung (wahai anakku)?”


تُذَكِّرُنِيْهِ الشَّمْسُ عِنْدَ طُلُوْعِهَا   #   وَتَعْرِضُ ذِكْرَاهُ إِذَا غَرْبُهَا أَفَل


“Setiap matahari terbit, maka hal itu mengingatkanku padanya dan setiap kali matahari mulai terbenam, maka kenangan-kenangan bersamanya selalu muncul.”


سَأُعْمِلُ نَصَّ الْعِيْسِ فِي الْأَرْضِ جَاهِدًا   #   وَلَا أَسْأَمُ التَّطْوَافَ أَوْ تَسْأَمُ الْإِبِلُ


“Aku akan memaksa diriku untuk berjalan di atas bumi dan aku tidak akan merasa letih, walaupun unta merasa letih.”


حَيَاتِي أَوْ تَأْتِيْنِي عَلَى مَنِيَّتِي  #  فَكُلُّ امْرِئٍ فَانٍ وَإِنْ غَرَّهُ الْأَمَلُ


“Oh hidupku (maksudnya puteranya yang bernama Zaid), aku rela mengorbankan nyawaku demi kamu, kerana setiap orang pasti akan mati, meskipun ia terbuai dengan angan-angan.”


Pada musim haji, sekelompok orang dari kaum Zaid bin Hārithah pergi menunaikan haji. Ketika sedang tawaf di sekitar Ka‘bah, mereka bertatapan muka dengan Zaid. Mereka pun saling kenal dan saling bertukar pertanyaan. Tatkala mereka telah selesai melaksanakan ibadah haji, maka mereka bergegas kembali pulang dan menyampaikan berita gembira tersebut kepada ayah Zaid yang bernama Hārithah dan menceritakan kepadanya tentang apa yang telah mereka dengar tentang anaknya.


Hārithah pun bergegas menyiapkan segala keperluan untuk melakukan perjalanan ke Makkah, tidak lupa juga ia menyiapkan sejumlah uang untuk membayar tebusan bagi putera tercinta. Dalam perjalanan ini, Haritsah mengajak serta saudara maranya yang bernama Ka‘b. Mereka langsung memulakan perjalanan menuju kota Makkah. Setelah sampai di Makkah, mereka berdua menemui Muhamad bin ‘Abdullāh dan berkata kepadanya: “Wahai Ibn ‘Abd al-Muttalib, kalian adalah  jiran Ka‘bah, kalian membebaskan orang yang tertawan, memberi makan kepada orang yang lapar dan menolong orang yang sedang tertimpa musibah. Kami datang kepada kalian tidak lain untuk membicarakan tentang anak kami yang berada bersamamu, kami membawa sejumlah uang sebagai tebusan bagi anak kami tersebut, maka bermurah hatilah kepada kami dan mintalah tebusan berapapun yang kamu inginkan.”


Muhammad s.a.w. bertanya: “Siapa anak lelaki kalian yang kamu maksudkan?” Mereka berdua menjawab: “Hamba sahayamu yang bernama Zaid bin Hārithah.” Beliau berkata: “Apakah kamu inginkan sesuatu yang lebih baik dari uang tebusan?” Mereka berdua bertanya: “Apa itu?” Beliau berkata: “Aku akan memanggilnya untuk kalian, dan kita memberikan pilihan kepadanya. Jika ia memilih kalian, maka bawalah ia tanpa wang tebusan, namun jika ia memilih aku, maka sungguh demi Allah, aku bukanlah sosok yang membenci seseorang yang telah memilih diriku.” Mereka berdua berkata: “Anda sungguh-sungguh telah berlaku adil.”


Beliau pun memanggil Zaid bin Hārithah dan bertanya kepadanya: “Siapakah kedua orang ini?” Zaid berkata: “Ini adalah bapakku, ia bernama: Hārithah bin Syurahbil, dan yang ini adalah pamanku, ia bernama: Ka‘b.” Kemudian Beliau berkata: “Kami telah bersepakat mempersilahkan kepadamu untuk memilih antara pergi bersama mereka berdua atau tetap tingal bersamaku.” Tanpa ragu-ragu Zaid menjawab: “Aku memilih tetap tinggal bersamamu.”


Mendengar jawaban Zaid tersebut, ayahnya langsung berkata: “Celakalah kamu wahai Zaid, apakah kamu lebih memilih menjadi hamba sahaya daripada pulang kembali kepada kedua orang tuamu?!” Zaid menjawab: “Kerana sesungguhnya saya melihat sesuatu pada diri lelaki ini (yang dimaksudkan adalah Muhammad), dan saya tidak ingin brpisah dengannya selamanya.”


Ketika menyaksikan dan mendengar jawaban Zaid tersebut, Muhammad langsung memegang tangan Zaid dan membawanya keluar menuju Ka‘bah. Beliau berdiri bersama Zaid di Hijr Ismā’īl di tengah-tengah kerumunan kaum Quraisy, kemudian Muhammad berkata: “Wahai kaum Quraisy, saksikanlah bahawa ia (Zaid) adalah anakku, ia akan mewarisiku dan aku juga akan mewarisinya.”


Mendengar ucapan Muhammad tersebut, hati Hārithah dan Ka‘b pun bergembira. Mereka merelakan puteranya tetap tinggal bersama nabi Muhamad s.a.w.  dan mereka pun kembali pulang dengan hati bahagia, tenang dan puas. Sejak saat itu, Zaid bin Hārithah dipanggil dengan nama Zaid bin Muhammad sampai Muhammad diangkat menjadi seorang Rasul dan Islam menghapuskan sistem pengangkatan anak. Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Ahzāb, 33: 5, yang ertinya: “Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah.” Setelah  itu, Zaid pun dipanggil dengan nama asalnya, iaitu Zaid bin Hārithah.


Lihatlah bagaimana Zaid bin Hārithah lebih memilih tetap bersama Rasulullah s.a.w. sebagai hamba sahaya daripada pulang bersama ayahnya menjadi orang yang merdeka, mulia, memiliki jabatan tinggi serta dapat membahagiakan hati ayahnya?


Hal ini tidak mungkin dilakukan oleh Zaid jika tidak kerana ia telah tertawan oleh sikap Rasulullah s.a.w. yang sangat baik dan bersifat kebapakan terhadap dirinya, tertawan oleh perasaan kasih sayang yang begitu mendalam yang ia peroleh dari sosok Muhammad s.a.w.. Hal ini membuat Beliau semakin memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap diri Zaid. Rasulullah s.a.w. pun membalas sikap Zaid tersebut dengan cara memerdekakannya, menjadikannya orang yang mulia dan terhormat. Tidak hanya itu, Beliau pun mengkahwinkan Zaid dengan Zainab binti Jahsy, anak perempuan paman Beliau dan termasuk wanita mulia dan terhormat di kalangan kaum Quraisy.


Hari pun berlalu, kemudian baginda Rasulullah s.a.w. mengangkat Zaid bin Hārithah menjadi panglima tentera perang yang diutus kepada kaumnya sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda; “Jika Zaid terbunuh, maka ia digantikan oleh Ja‘far bin Abū Tālib dan jika Ja‘far terbunuh, maka ia digantikan oleh ‘Abdullāh bin Rawāhah.” Dan di antara tentera yang dipimpin oleh Zaid terdapat Khālid bin Walīd, Ja‘far dan Ibn Rawāhah. Zaid bin Hārithah yang sebelumnya adalah seorang hamba sahaya berubah menjadi orang yang merdeka sekaligus menjadi seorang panglima tentera perang.


Ketika Zaid bin Hārithah terbunuh dalam peperangan ini, Rasulullah s.a.w.  memuliakannya dengan cara mengangkat puteranya yang bernama Usāmah bin Zaid menjadi panglima tentera perang yang diutus ke negeri Syam. Dan di antara tentara yang dipimpin Usāmah terdapat dua sosok mulia dan yang nantinya akan menjadi khalifah bagi umat Islam, orang tersebut adalah Abū Bakar r.a. dan ‘Umar bin Khattab r.a.. Rasulullah s.a.w. selalu berkata tentang Usāmah: “Orang yang dicintakan, anak orang yang dicintakan.”


Ini adalah salah satu contoh sikap Beliau yang baik dan lembut terhadap salah seorang sahabat yang Beliau berikan selama dua puluh tahun. Iaitu Beliau berikan mulai sejak masih budak kecil, waktu muda sampai ia berkahwin. Setelah itu, apa yang Beliau berikan kepada Zaid, selanjutnya diberikan kepada anaknya yang bernama Usāmah bin Zaid. Rasulullah s.a.w. benar-benar telah memberikan contoh teladan di dalam hal memperlakukan dan mempergauli orang lain dengan baik dan ramah.


Rasulullah s.a.w. juga memperlakukan para hamba sahaya dengan sangat baik dan lembut pada zaman di mana sikap bangga dengan nasab dan keturunan merupakan salah satu sikap yang memiliki tempat khusus di dalam kehidupan masyarakat. Beliau bersabda:


لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ عَبْدِي وَأَمَتِي كُلُّكُمْ عَبِيدُ اللَّهِ وَكُلُّ نِسَائِكُمْ إِمَاءُ اللَّهِ وَلَكِنْ لِيَقُلْ غُلَامِي وَجَارِيَتِي وَفَتَايَ وَفَتَاتِي


Maksdunya: “Janganlah salah satu di antara kalian berkata: Abdī (budak lelakiku) dan Amatī (budak perempuanku). Kerana kalian semua adalah‘Abīd (hamba-hamba lelaki) Allah s.w.t. dan para wanita kalian semuanya adalah hamba-hamba perempuan-Nya. Akan tetapi hendaknya ia berkata: Ghulāmī (anak lelaki kecilku), Jāriyatī (anak perempuan kecilku), Fatāyā dan Fatātī (anak-anak mudaku).”


Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa para hamba sahaya adalah hamba-hamba Allah s.w.t. bukan hamba-hamba manusia. Beliau bersabda:


وَلَا يَقُولَنَّ الْمَمْلُوكُ رَبِّي وَرَبَّتِي وَلْيَقُلْ الْمَمْلُوكُ سَيِّدِي وَسَيِّدَتِي فَكُلُّكُمْ عَبِيْدُ اللهِ وَالرِّقُّ لِلَّهُ عَزَّ وَجَلَّ


Maksudnya: “Seorang hamba sahaya hendaknya jangan sampai berkata: Rabbī (tuanku lelaki) dan Rabbatī (tuanku perempuan). Akan tetapi hendaknya ia berkata: Sayyidī dan Sayyidatī. Kerana kalian semua adalah hamba-hamba Allah s.w.t, sedangkan penghambaan hanya kepada Allah s.w.t..”[14]


Tentang sikap baginda Rasulullah s.a.w. yang memperlakukan dan mempergauli orang lain dengan baik, sahabat Anas bin Mālik r.a. (orang yang pernah menjadi pembantu Rasulullah s.a.w.) bercerita: “Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w.  mengutusku untuk suatu keperluan, namun saya menyibukkan diri dengan budak-budak kecil yang sedang bermain di pasar. Tiba-tiba Beliau telah memegang pakaianku dari belakang, dan saya menoleh kepadanya, Beliau pun tersenyum dan berkata: “Wahai Unais, pergilah seperti yang aku perintahkan kepadamu.”


Anas bin Mālik menambahkan: “Saya menjadi pembantu Rasulullah s.a.w.  selama dua puluh tahun, Beliau tidak pernah sekalipun berkata kepadaku: “Ah.” Jika saya melakukan atau meninggalkan sesuatu, Beliau juga tidak pernah berkata: “Kenapa kamu lakukan,” atau “mengapa kamu tinggalkan.” Beliau juga tidak pernah mencela aku, jika Beliau memerintahkan sesuatu kepadaku sedangkan saya bermalas-malasan dalam melakukannya. Jika ada salah seorang anggota keluarga Beliau yang mencelaku, maka Beliau akan berkata: “Biarkan sahaja, sesuatu jika telah ditakdirkan, maka pasti akan terjadi.”[15]


Sikap memperlakukan dan mempergauli orang lain dengan baik dan ramah tidak akan dapat dilakukan kecuali oleh orang yang memiliki akhlak dan perilaku yang baik serta lurus. Di samping itu, Rasulullah s.a.w. juga memiliki adab atau akhlak yang agung di dalam hal makan, minum dan kebersihan. Semua ini merupakan aktiviti kehidupan sehari-hari Beliau. Sebagai contoh, jika Rasulullah s.a.w. hendak makan roti dan daging, maka Beliau akan mencuci kedua tangannya dengan baik. Jika sedang duduk untuk makan, maka Beliau akan memakan makanan yang ada didekatnya sahaja. Beliau juga memerintahkan seorang budak kecil yang saat itu sedang makan bersama Beliau untuk mempraktikkan adab tersebut. Beliau berkata kepadanya: “Wahai budak kecil, bacalah Basmalah dan makanlah dengan tangan kanan serta ambillah makanan yang berada didekatmu.”


Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. benar-benar memiliki akhlak yang sangat agung. Bagaimana tidak, Beliau tidak pernah bernafas di dalam gelas ketika sedang minum, akan tetapi jika Beliau ingin bernafas ketika sedang minum, maka Beliau akan mengangkat gelas terlebih dahulu dari mulutnya. Beliau melarang seseorang yang sedang minum dengan bernafas di dalam gelas. Jika ia ingin bernafas, maka hendaknya ia menjauhkan gelas terlebih dahulu dari mulutnya, setelah itu baru bernafas.


Rasulullah s.a.w. juga tidak sukakan memakan bawang putih, bawang merah dan bawang bakung atau bawang perai. Ini kerana Beliau selalu berbicara dengan malaikat Jibrīl. Bau tidak sedap yang ditimbulkan sebab memakan bawang tidak layak bagi seorang utusan seperti Rasulullah s.a.w..


Di antara adab atau akhlak Rasululah s.a.w. dalam hal makanan adalah: Beliau tidak pernah mencela satu macam makanan sekalipun. Jika Beliau berselera terhadap salah satu makanan, maka ia memakannya, apabila tidak, maka Beliau akan meninggalkannya. Namun ketika ada bermacam menu makanan yang tidak biasa Beliau makan dan Beliau tidak menyukakannya, maka Beliau meninggalkan. Akan tetapi pada waktu yang sama Beliau juga tidak melarang orang lain yang telah terbiasa memakan dan yang berselera untuk mencicipinya.


Pada suatu ketika, Beliau dijamu dengan Dabb (haiwan melata sejenis kadal) yang dibakar, namun Beliau tidak mencicipinya dan ia juga tidak mengharamkannya. Beliau memberikan alasan kenapa Beliau tidak mau mencicipinya dengan alasan kerana Dabb tidak terdapat di tempat tinggal Beliau dan tidak merupakan makanan mereka.[16]


Jika baginda Rasulullah s.a.w. bersin, maka Beliau akan menahan suaranya agar tidak terlalu keras. Beliau menutup dengan pakaian atau tangannya atau Beliau menutup wajah dan mulut secara bersamaan.[17]


Jika Beliau tidak menyukakan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang, maka Beliau tidak langsung mengkritiknya dengan menyebutkan nama secara khusus, akan tetapi Beliau menggunakan ungkapan: “Mā bālu aqwāmin yaf‘alūna kadhā wa kadhā?” (bagaimana keadaan kaum yang melakukan begini dan begini).


Sering sekali Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita untuk selalu ramah dan tersenyum. Beliau bersabda:


كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَمِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَائِهِ


Maksudnya: “Setiap kebaikan adalah sedekah, dan di antara kebaikan adalah memasang wajahmu dengan penuh senyum dan ceria ketika bertemu dengan saudaramu, dan mengisikan air yang berada di timbamu (ember) ke dalam wadah air milik saudaramu.”[18]


‘Alī bin Abū Tālib k.w. menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah sosok manusia yang selalu bermuka ceria, ramah, lemah lembut akhlaknya, halus dan selalu tersenyum. Beliau adalah sosok yang paling banyak tersenyum setiap bertemu dengan para sahabatnya, selalu serius, nampak tertarik dan memperhatikan dengan serius terhadap setiap pembicaraan mereka. Kadang-kadang Beliau tertawa sampai kelihatan gigi gerahamnya. Disebutkan juga bahawa baginda Rasulullah s.a.w. adalah sosok manusia yang paling sukakan tersenyum dan tertawa, menyenangkan dan berlaku ringan tangan.


Sayidah ‘Ā’isyah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. jika sedang berada di rumah bersama keluarga, maka Beliau selalu ceria, tersenyum dan tertawa. Keceriaan dan kemurahan senyumnya tidak hanya terbatas ketika berada di dalam rumah bersama keluarga sahaja, akan tetapi juga ketika sedang berada di luar rumah. Dengan setiap orang, Beliau selalu menampakkan muka yang ceria dan selalu dihias dengan senyuman. Beliau bersabda:


رَوِّحُوْا عَنِ الْقُلُوْبِ سَاعَةً بَعْدَ سَاعَةٍ, فَإِنَّ الْقُلُوْبَ إِذَا كَلَّتْ عَمِيَتْ


Maksudnya: ‘Segarkan dan hiburlah hati serta pikiran anda secara berkala, kerana hati dan pikiran jika telah lelah, maka akan buta, tidak mampu untuk digunakan berpikir.”[19]


Rasulullah s.a.w. juga sosok yang paling sukakan bermain dan bercanda ria dengan anak-anak. Beliau adalah sosok orang yang paling sukakan bercanda dan melucu ketika sedang berada di rumah bersama keluarga.[20]


Canda dan lelucuannya adalah yang sesuai dengan kedudukan Beliau yang tinggi dan sosok yang mulia dan luhur. Beliau memang gemar bercanda, akan tetapi ketika bercanda, ia tidak pernah mengatakan sesuatu kecuali yang hak. Oleh kerana itu lelucon dan canda yang diriwayatkan dari Beliau semuanya dalam bentuk bahasa kināyah (menggunakan kata-kata yang tidak terang atau metonimi) dan tauriyah (menggunakan sebuah kata yang memiliki dua erti, pertama erti yang dekat dan kedua erti yang jauh. Yang diinginkan adalah erti yang jauh). Beliau bersabda:


إِنِّي لَأَمْزَحُ, وَلَا أَقُوْلُ إِلَّا الْحَقَّ


Maksudnya: “Aku bercanda, akan tetapi aku tidak mengucapkan kecuali yang hak.”[21]


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. kemudian ia berkata: “Wahai Rasulullah, naikkan saya ke atas punggung unta.” Beliau menjawab: “Tidak (aku tidak akan menaikkan mu ke atas punggung unta), tetapi aku akan menaikkan kamu ke atas punggung anak unta.” Wanita tesebut berkata: “Apa yang dapat saya lakukan dengan anak unta? Kerana anak unta tidak kuat menahan berat badanku.” Beliau berkata: “Setiap unta pasti anak unta juga.”


Jika seseorang dipuji kerana ia merupakan sosok yang selalu tersenyum, humoris, ramah, selalu menghormati tetamu dan kerana mempunyai sifat-sifat terpuji yang lain maka semua itu sebenarnya telah terkumpul di dalam diri Rasulullah s.a.w..  Jika anda berbicara tentang sikap dan perilaku baik pada diri Rasulullah s.a.w., maka hendaknya anda memperhatikan faktor-faktor utamanya. Oleh yang demikian, maka anda akan menemukan di dalam sikap toleransi dan kelapangan dada Beliau, hatinya yang suci dan bersih, kesabaran Beliau yang luar biasa, kearifan dan kebijaksaan Beliau yang benar-benar kokoh, suka memaafkan, kezuhudan dan ke-tawādu‘-an Beliau yang sangat luar biasa serta ramah dan kasih sayang Beliau yang selalu menyelimuti semua orang. Jika semua ini telah dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. bagaimana mungkin Beliau tidak memiliki sikap dan perilaku yang sangat baik kepada orang lain?


Jiwa Beliau yang bersih dan suci sangat nampak ketika bermuamalah dengan para sahabat dan kekasihnya. Di antara para sahabat yang memiliki kedudukan khusus di hati Rasulullah s.a.w. adalah sahabat Imrān bin Husain r.a.. Marilah kita lihat bersama apa yang dikatakan Imrān bin Husain tentang sikap dan perilaku Rasulullah s.a.w. yang sangat baik. Ia berkata: “Saya adalah orang yang memiliki kedudukan khusus di hati Rasulullah s.a.w., pada suatu ketika Beliau berkata kepada saya: ‘Wahai Imrān, sesungguhnya kamu memiliki kedudukan dan kehormatan di hatiku, apakah kamu bersedia menjenguk Fatimah binti Rasulillah?” Saya menjawab: “Dengan penuh senang hati wahai Rasulullah.” Kemudian Beliau berdiri dan aku pun ikut berdiri. Ketika kami berdua telah sampai di depan pintu rumah Fatimah, Beliau mengetuk pintu sambil mengucapkan: “Assalamu‘alaikum, bolehkah aku masuk?” Fatimah menjawab: “Silahkan masuk wahai Rasulullah.” Setelah itu Beliau berkata: “Aku dan orang yang bersamaku?” Fatimah menjawab: “Benar, juga orang yang bersamamu wahai Rasulullah.”[22]


Agar pergaulan dan hubungan antar sesama Muslim menjadi baik, maka Rasulullah s.a.w. selalu menyerukan untuk melakukan hal-hal yang dapat membahagiakan hati dan dapat semakin mempererat persaudaraan dan ukhuwah. Beliau menghubungkan keimanan dengan hal-hal tersebut, seperti dalam sabdanya:


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ


Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir, maka jangan sampai menyakiti tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir, maka ia harus memuliakan tetamu. Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata yang baik, atau jika tidak bisa, maka hendaknya ia diam.”


Pada sabda di atas, Beliau selalu mengulang-ulang kalimat: “Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir.”


Pada hadith lain, Rasulullah s.a.w. menegaskan akan keharusan menjaga keharmonisan hubungan dan sikap saling tolong menolong antar jiran. Beliau bersabda:


وَمَا زَالَ جِبْرِيل يُوصِينِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ


Maksudnya: “Jibril selalu berwasiat kepadaku tentang perihal jiran, sehingga aku menyangka bahawa ia akan menjadikan jiran sebagai salah satu pihak yang berhak mendapatkan bahagian warisan.”[23]


Baginda Rasulullah s.a.w. melarang dengan keras sikap saling bermusuhan antara Muslim dengan saudara Muslim yang lain. Kerana jika sikap saling bermusuhan muncul di antara mereka, maka tidak akan mungkin ditemukan sikap dan perilaku baik di antara mereka. Beliau bersabda:


إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ


Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. adalah orang yang sukakan berselisih dan bergaduh.”[24]


Bahkan Beliau juga melarang sebuah pandangan mata yang dapat menyinggung dan menyakitkan hati orang lain, Beliau bersabda:


لَا يَحِلُّ لِمُؤْمِنٍ أَنْ ُيِشْيَر إِلَى أَخِيْهِ بِنَظْرَةٍ تُؤْذِيْهِ


Maksudnya: “Tidak diperbolehkan seorang Mukmin memandang sinis kepada saudaranya, sehingga dapat menyakitkan dan menyinggung hatinya.”[25]


Agar keharmonisan dan sikap saling memperlakukan antara sesama dengan baik dapat berlaku dalam masyarakat, maka Rasulullah s.a.w. memiliki metod khusus yang moden seperti yang diceritakan oleh ‘Ā’isyah r.a., ia meriwayatkan:


مَا خُيِّرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلَّا أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَكُنْ إِثْمًا فَإِنْ كَانَ إِثْمًا كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ


Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. tidak akan memilihan antara dua hal, kecuali Beliau memilih hal yang paling mudah di antara dua hal tersebut. Hal ini dilakukan selama tidak teramsuk dalam batas perbuatan dosa. Jika hal itu termasuk ke dalam perbuatan dosa, maka Beliau adalah orang yang paling jauh dari hal tersebut.”[26]


Hanzalah menceritakan tentang sikap dan perilaku Rasulullah s.a.w. yang sangat baik: “Pada suatu hari, kami berada bersama Rasulullah s.a.w., kemudian Beliau memberi kami mau‘izah atau nasihat yang sangat menyentuh hati, sehingga membuat mata menangis dan dapat membuat kita memahami diri kita sendiri. Kami kembali pulang, isteriku mendekat kepadaku dan terjadi perbincangan di antara kita tentang masalah dunia. Kami pun lupa tentang apa yang kami rasakan tatkala bersama baginda Rasulullah s.a.w. tadi, kami disibukkan dengan masalah dunia, kemudian kami ingat kembali apa yang kami rasakan ketika bersama Beliau. Setelah itu aku berkata kepada diri sendiri: “Saya telah munafik!! Kerana perasaan takut dan hati yang luluh yang pernah saya rasakan ketika bersama Beliau telah hilang dari diriku. Saya pun keluar sambil berteriakl: “Hanzalah telah bersikap munafik.’


Rasulullah s.a.w. mendengar hal itu dan berkata: “Tidak, Hanzalah tidaklah munafik.” Saya berkata kepada Beliau: “Wahai Rasulullah, ketika kami bersamamu dan kamu memberikan nasihat kepada kami, hati kami sangat tersentuh, mata kami menangis dan kami pun dapat mengetahui siapa diri kami yang sebenar. Namun ketika kami telah kembali dan berkumpul dengan keluarga, kami mulai berbicara tentang perihal dunia, sehingga kami lupa akan apa yang pernah kami rasakan ketika bersamamu.” Beliau berkata: “Wahai Hanzalah, seandainya kamu dapat selalu dalam keadaan seperti ketika kamu berada bersamaku tersebut, maka sungguh para malaikat akan menyalami kamu, baik tatkala kamu sedang berada di jalan maupun di rumah. Akan tetapi kamu kadang-kadang ingat dan terkadang tidak (ingat).”



[1] Lihat Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/112).

[2] Ibid,

[3] Ia adalah salah satu sahabat yang mulia dan termasuk di antara pahlawan pembebasan negeri Irak yang ikut bertempur dalam peperangan Qadisiyah. Lihat Ayyām al-‘Arab fi al-Islaam (al-Qādisiyyah).

[4] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/112).

[5] Al-Mawāhib al-Ladunniyyah, (hal. 200 dan setelahnya).

[6] Taisīr al-Wusūl, (4/30).

[7] Syarh al-Zarqānī, (4/270).

[8] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/112).

[9] Arfidah adalah atuk tertua daripada kaum Habsyī.

[10] Op. Cit., (3/112).

[11] Sebahagian dari khutbah wadā‘, lihat Sīrah Ibn Hisyām, (4/604), cetakan: Dār Ibn Kathīr.

[12] Lihat ‘Uyūn al-Akhbār karya Ibn Qutaibah, (4/81).

[13] Tabaqāt Ibn Sa‘d, (8/147).

[14] Ihyā’ Ulūm al-Dīnn, (4/141).

[15] Ibid,

[16] Ibid, (2/329).

[17] Insān al-‘Uyūn karya Burhān al-Halabī, (3/377).

[18] Lihat al-Muntakhab min al-Sunnah, (7/297) dari Musnad imam Ahmad dan sunan al-Tirmidhī.

[19] Lihat Nihāyah al-Irbī, (4/1).

[20] Lihat Lisān al-Arab pada kalimat “faqiha”.

[21] Lihat Nihāyah al-Irbī, (4/2)

[22] Lihat Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (juz. 4).

[23] Fath al-Mubdī, (2/237).

[24] Ibid,

[25] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/60).


[26] Ibid,

Bekerja

Bekerja merupakan perilaku Islami yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.. Bahkan pekerjaan yang baik termasuk salah satu bentuk pengabdian kepada Allah s.w.t. (Ibadah). Selain itu, Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada orang yang mau bekerja dan juga memberinya pahala yang agung. Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ


Maksudnya: “Setiap Muslim yang menanam benih atau tanaman kemudian dimakan oleh burung atau manusia, maka usahanya  itu termasuk sedekah.” (H. R. Muslim dan Ahmad).

Ajaran Islam mencakup akidah, syariah dan amal perbuatan (kerja). Kerananya ajaran Islam juga mengatur ranah amaliyah. Yang dimaksud dengan ranah amaliyah adalah segala bentuk ibadah dan ketaatan, termasuk semua kegiatan untuk mencari rezeki dan usaha untuk meningkatkan pengeluaran.

Atas dasar ini, Allah s.w.t. menempatkan kerja sebagai aktiviti ekonomi yang terpuji setelah aktiviti yang hanya bersifat ibadah sahaja. Dalam surah al-Jumu‘ah Allah s.w.t. memerintahkan hamba-Nya untuk menjalankan salat Jum‘at, dan setelah selesai Dia memerintahkan hamba-Nya untuk bekerja mencari rezeki dan fadal (karunia) dari Allah di atas bumi ini. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Jumu‘ah, 62: 9-10, yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan salat pada hari Jum‘at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (9) Apabila telah ditunaikan salat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (10).”

Islam menganjurkan umatnya untuk bekerja. Pekerjaan apapun memerlukan kesabaran dan kegigihan. Dengan kata lain, apabila seseorang mau bekerja, maka dia dengan secara langsung telah melatih kesabaran, kegigihan, keterampilan, kepercayaan dan kepatuhannya kepada aturan. Melaui kerja juga, seseorang akan mengasah otaknya dan melatih kekuatan raganya. Menekuni suatu pekerjaan, apalagi jika dijalankan secara bersama akan membantu terbentuknya keperibadian yang positif pada jiwa manusia. Semangat kebersamaan, saling membantu dan tekad untuk mencapai tujuan maksimal akan tertanam dan tumbuh pada jiwa mereka. Kemajuan ilmu dan teknologi tidak akan pernah kita saksikan apabila semangat-semangat positif di atas tidak berfungsi secar optimal.

Di sisi lain, Islam sangat membenci sikap peemalas dan pengangguran. Islam menyedari bahawa dua hal ini sedikit demi sedikit akan mematikan kemampuan besar yang dimiliki manusia, bahkan dapat menimbulkan kerosakan dan kekacauan dalam kehidupan, termasuk dalam kehidupan bereagama.

Orang yang malas, menganggap pekerjaan sebagai aktiviti yang berat, sulit dan menyusahkan. Mereka tidak mau mengetahui bahawa di sebalik pekerjaan terdapat kebahagiaan dan kenikmatan. Bekerja adalah kewajiban manusia dalam hidup ini, dengan bekerja maka proses kehidupan akan berjalan dengan normal; ada yang memberi dan ada yang menerima.

Sikap Cinta Rasul terhadap Pekerjaan


Rasulullah s.a.w. sangat senang dengan aktiviti kerja. Hal ini tidak hanya dinyatakan sengan sabda dan anjurannya sahaja, namun lebih dari itu, Beliau juga secara langsung menekuni suatu pekerjaan. Ucapan, anjuran dan nasihat Beliau selalu disertai dengan tindakan nyata, sehingga Beliau menjadi teladan utama, baik dalam ucapan maupun perilakunya.

Sejak masih budak kecil, Rasulullah s.a.w. sudah menekuni pekerjaan. Sehingga pada umur baligh, Beliau mempunyai pekerjaan menggembala kambing. Pada waktu diasuh oleh Halimah al-Sa‘diyyah, Beliau bersama saudara sesusuannya menggembalakan kambing di Banī Sa‘d. Begitu juga ketika di Makkah, Beliau menggembalakan kambing milik keluarganya dengan gaji dan upah tertentu. Pada masa-masa itu Beliau banyak menghabiskan waktu untuk menggembalakan kambing di luar bandar Makkah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Setiap Nabi pasti pernah menggembalakan kambing.” Para sahabat bertanya: “Apakah kamu juga menggembala kambing, wahai Rasul?” Rasul menjawab: “Ya. Saya juga menggembalakan kambing.”[1]

Pekerjaan lain yang pernah ditekuni oleh Rasulullah s.a.w. adalah berniaga. Beliau memulakan perniagaan ini sebelum Beliau menerima wahyu. Diriwayatkan bahawa Khadījah adalah seorang peniaga kaya yang terkenal. Untuk melangsungkan perniagaannya, Khadijah mengangkat seorang pekerja dengan upah tertentu. Pada suatu hari Khadījah mendengar ada seorang yang bernama Muhammad yang terkenal jujur dan berakhlak mulia. Dia tertarik untuk mempercayakan perniagaannya itu kepada Muhammad dan mengutus Beliau untuk berniaga ke negeri Syam.

Pada waktu itu, Muhammad masih di bawah asuhan pamannya yang bernama Abū Tālib yang hidup dalam keadaan miskin dan menanggung banyak keluarga. Abū Tālib sangat berharap agar kemenakannya mempunyai pekerjaan yang dapat menghasilkan pendapatan yang lebih banyak daripada penghasilan menggembalakan kambing. Penghasilan ini tentunya untuk menyara keluarga yang ramai itu.

Suatu hari Abū Tāalib mendengar Khadījah sedang mencari seorang pekerja dari kaum Quraisy untuk menjalankan perniagaannya. Sebagaimana telah disebutkan di atas, Khadījah adalah seorang peniaga kaya dan terhormat. Untuk menjalankan perniagaannya, ia mengangkat seseorang sebagai pekerja dengan imbalan upah yang diambilkan dari hasil keuntungan niaga. Kekayaan Khadījah sangat banyak sekali. Dia telah dua kali berkahwin dengan orang kaya daripada Banī Makhzum, namun keduanya meninggal. Hal inilah yang menyebabkan dia termasuk orang terkaya di Makkah. Dia mengembangkan hartanya tersebut dengan bantuan ayahnya yang bernama Khuwailid dan juga saudara maranya. Khadījah sudah sering dilamar oleh pemuka Quraisy, namun dia menolak lamaran itu, kerana motifasi lamaran pemuka Quraisy tersebut adalah untuk menguasai harta. Akhirnya dia memutuskan untuk memfokuskan pengembangan hartanya dengan berniaga.

Ketika Aūu Tālib mengetahui bahawa Khadījah sedang mempersiapkan barang perniagaan untuk dibawa ke negeri Syam, dia memanggil kemenakannya yang pada waktu itu masih berumur dua puluh lima tahun dan berkata kepadanya: “Wahai putera saudaraku. Saya adalah orang yang tidak mempunyai harta. Kamu mengetahui bagaimana keadaan zaman yang menghimpit kita saat ini. Saya dengar Khadījah sedang mencari pekerja dengan imbalan dua anak unta. Namun saya kurang bersetuju apabila kamu hanya mendapat imbalan dua anak unta sahaja. Apakah kamu berkenan apabila saya mengutarakan hal ini kepadanya?”

Muhammad menjawab: “Terserah paman sahaja.” Kemudian Abū Tālib bertemu Khadījah dan bertanya kepadanya: “Wahai Khadījah, apakah kamu mau menggunakan Muhammad? Saya dengar kamu sedang mencari pekerja dengan imbalan dua ekor anak unta. Namun saya tidak bersetuju apabila Muhammad hanya diberi imbalan dua ekor anak unta. Mestinya dia mendapatkan imbalan empat ekor anak unta.”

Khadījah menjawab: “Kalau kamu meminta hal itu untuk kepentingan orang jauh (yang tidak saya kenal) dan tidak  menyenangkan, saya akan melakukannya. Apalagi sekarang ini kamu meminta hal itu untuk orang tercinta dan sangat dekat (yang sudah saya kenal)?”

Kemudian Abū Tālib kembali menemui Muhammad dan menceritakan perbincangannya itu kepada Muhammad, dan ia berkata: “Ini adalah rezeki dari Allah yang dianugerahkan kepadamu.”

Kemudian Muhammad pergi ke negeri Syam membawa barang perniagaan bersama hamba sahaya Khadījah yang bernama Maisarah.

Dalam perjalanan itu, Muhammad merasakan susah dan berat. Setelah sampai di negeri Syam, Beliau langsung bekerja siang dan malam supaya mendapatkan keuntungan yang halal dan besar, baik untuk Khadījah dan juga untuk dirinya sendiri.


Rasulullah s.a.w. tidak pernah merasa jijik dan risih melakukan pekerjaan yang nampaknya rendah. Pada waktu pasukan kafir Quraisy dan kaum Yahudi hendak menyerang Madinah, Rasulullah s.a.w. menyuruh para sahabat untuk membuat parit di pinggiran bandar Madinah. Beliau juga ikut langsung bersama-sama kaum Muslimin yang lain dalam membuat parit ini. Dengan menggunakan cangkul, Beliau mengeruk tanah dan memindahkan ke tempat lain, sehingga kelihatan perut mulianya yang bersih dan putih. Kaum Muslimin mengerjakan pekerjaan ini dengan penuh suka cita dan dengan mendendangkan bait-bait sya‘ir.

Di antara mereka ada yang bernama Ju‘ail, kemudian Rasulullah merubah namanya menjadi ‘Amr. Kejadian ini memberi ilham kepada para sahabat untuk membuat satu bait sya‘ir yang berbunyi:

سَمَّاهُ بَعْدَ جُعَيْل عَمْرو   #   وَكَانَ لِلْبَائِسِ يَوْمًا ظَهرًا


“Nabi merubah namanya dari Ju‘ail menjadi ‘Amr, pada suatu hari nanti, orang-orang celaka itu akan tersungkur.”

Jika kaum Muslimin melewati ‘Amr, Rasulullah dengan bersemangat berkata: ‘Amr. Dan apabila kaum Muslimin mengucapkan: “(Musuh akan) tersungkur.” Nabi membalas dengan semangat: “(Mereka akan) tersungkur.”

Waktu itu, Rasulullah juga sering malantunkan bait-bait sya‘ir yang digubah para sahabatnya, erti sya‘ir tersebut adalah:

“Tidak akan ada tekad kuat jika Engkau (Allah) tidak memberi petunjuk kepada kami, (Tanpa petunjukmu) Kami juga tidak akan bersedekah tidak pula menjalankan salat.

Kerananya kami memohon: turunkanlah ketenangan pada jiwa kami, dan kokohkanlah telapak kaki kami di saat musuh menemui kami.

Kelompok mereka menentang kami, di saat mereka ingin menyebarkan fitnah (kemusyrikan) kami menolaknya.”[2]

Rasulullah s.a.w. sangat tekun dengan pekerjaannya. Beliau melakukan kerja rumah secara persendirian. Kerja tersebut seperti memberi makan unta, menata rumah, memerah susu kambing, memperbaiki selipar, menjahit baju dan menolong pembantunya menumbuk biji-bijian.   

Beliau juga tidak enggan membantu pekerjaan hamba sahaya yang ingin merdeka. Telah diceritakan bahawa dahulu Salmān al-Fārisī adalah seorang hamba sahaya milik salah seorang Yahudi di Madinah. Waktu itu Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Buatlah perjanjian dengan tuanmu bahawa kamu akan merdeka apabila kamu menyetorkan sejumlah harta yang kalian sepakati!” Kemudian Salmān berjanji kepada tuannya untuk menanam tiga ratus pokok kurma dan akan menyetorkan uang sebanyak empat puluh ‘uqiyah[3] dengan balasan akan dimerdekakan.

Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya: “Bantulah (Salmān) saudarmu!” Kemudian para sahabat membantu Salmān mengumpulkan tiga ratus pokok kurma. Setelah terkumpul, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Salmān, “Wahai Salmān, buatlah lubang-lubang di tanah  untuk menanam benih kurma itu!” Setelah Salmān menyelesaikan pekerjaannya, dia melapor kepada Rasul. Kemudian Rasul bersama-sama dengan Salmān memulakan menanam bibit-bibit kurma tersebut satu persatu ke dalam lubang yang telah dipersiapkan oleh Salamān sehingga selesai.

Setelah selesai tugas menanam tiga ratus pokok kurma, Salmān masih mempunyai tugas membayar uang sebanyak empat puluh ‘uqiyah. Tidak lama kemudian Rasul datang kepadaku dengan membawa emas yang banyaknya sebesar telur ayam. Rasul berkata: “Apa yang sedang dilakukan oleh orang Persia yang hendak memerdekakan dirinya?” Kemudian Salmān dipanggil dan Beliau berkata kepadanya: “Wahai Salmān. Ambillah emas ini dan bayarlah tanggunganmu (hutangmu)!” Salmān menerima pemberian Rasul itu dengan senang hati dan mengambil seberat empat puluh ‘uqiyah untuk membayar tebusannya. Setelah ia menyerahkan tebusan itu kepada tuannya, dia terlepas dari perbudakan dan kemudian ikut perang Khandaq bersama Rasulullah s.a.w.. Setelah itu dia tidak pernah absen dari pertempuran melawan kaum kafir.[4]

Pada lain kesempatan datang seorang Ansar yang fakir kepada Rasul, dan meminta bantuan kepadanya. Kemudian Rasul bertanya kepadanya: “Apakah kamu mempunyai harta di rumah?” Orang itu menjawab: “Saya mempunyai kain, sebahagian saya gunakan untuk pakaian dan sebahagian lagi untuk alas. Saya juga mempunyai gelas untuk minum.” Rasul meminta untuk membawa kedua barang miliknya itu. Setelah kembali, Rasul berkata di hadapan banyak orang: “Siapa yang mau membeli dua barang ini?” Ada orang yang menawar dengan harga satu dirham. Rasul berkata lagi: “Siapa yang mau membeli dengan harga lebih dari satu dirham?” “Saya Rasul. Saya mau membeli dengan dua dirham” kata seseorang di antara mereka. Kemudian orang tersebut menyerahkan uang dua dirham itu kepada Nabi, setelah itu Nabi menyerahkannya kepada orang Ansar tersebut, sambil berkata: “Gunakan sebahagian uang ini untuk membeli makanan untuk keluargamu, dan sisanya belikan kampak, dan bawa kepadaku.” Setelah orang itu kembali dengan membawa kampak, Rasul mengikatkan dahan-dahan kayu untuknya dan berkata: “Pergi, carilah kayu bakar kemudian juallah. (Untuk sementara) saya tidak mau melihatmu selama lima belas hari ke hadapan.”

Orang Ansar tersebut melaksanakan petunjuk Rasul dengan sunguh-sungguh. Selama lima belas hari bekerja, dia mendapatkan uang sebanyak sepuluh dirham, sebahagian ia gunakan untuk membeli pakaian dan sebahagian yang lain untuk membeli makanan. Kemudian dia menghadap Rasul, dan Rasul berkata kepadanya: “(Apa yang kamu lakukan) ini lebih baik daripada kamu meminta-meminta, yang dapat menyebabkan timbulnya noktah-noktah hitam di wajahmu besok di hari kiamat. Meminta-minta hanya boleh dilakukan oleh orang yang sangat fakir dan tidak dapat apa-apa lagi atau orang yang terlilit hutang atau orang yang kebingungan kerana harus membayar tebusan (setelah ia dimaafkan oleh mangsa atau keluarga mangsa).[5]

Pada waktu lain, datang dua orang meminta sedekah kepada Rasul s.a.w.. Jika diperhatikan, kedua orang tersebut adalah orang yang gagah dan kuat. Melihat hal ini Rasulullah s.a.w. berkata: “Jika kalian mau saya akan memberi kalian. Namun (kalian harus tahu), orang kaya dan orang kuat yang masih sanggup bekerja tidak berhak mendapatkan sedekah.”

Dalam hadith ini Rasul menegaskan bahawa Beliau akan memberikan sedekah kepada merka berdua, apabila mereka menginginkannya dan Rasul tidak bertanggung jawab atas keadaan fisik dan ekonomi kedua orang itu yang sebenar. Jika mereka mengambil sedekah, padahal mereka adalah orang mampu, mereka harus menerima padahnya sendiri, dan Rasul sudah memberi tahu bahawa orang kaya dan orang kuat yang masih sanggup bekerja tidak berhak mendapatkan sedekah.

Selain keterangan di atas, masih banyak lagi hadith-hadith Nabi yang menyinggung masalah keutamaan bekerja, di antaranya adalah:

  1. إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ


Maksudnya: “Hidangan terbaik yang dimakan oleh seseorang adalah hidangan dari hasil kerjanya sendiri.”[6]

2. Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ فَيَأْتِيَ بِحُزْمَةِ الْحَطَبِ عَلَى ظَهْرِهِ فَيَبِيعَهَا فَيَكُفَّ اللَّهُ بِهَا وَجْهَهُ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ النَّاسَ أَعْطَوْهُ أَوْ مَنَعُوهُ


Maksudnya: “Kalau kalian mau mengambil seutas tali kemudian menggunakannya untuk mengikat kayu bakar, menggendongya di atas pungung kemudian menjualnya dan kamu jatuh tersungkur adalah lebih baik daripada kalian meminta-minta kepada orang lain, yang ada kalanya dia memberi atau tidak.”

Dari semua keterangan ini, kita dapat menyimpulkan bahawa bekerja adalah aktiviti yang sangat mulia. Dengan bekerja, kita menjaga kehormatan dan kemuliaan diri. Dengan bekerja kita dapat memenuhi keperluan kita sehari-hari tanpa harus mengorbankan harga diri dengan meminta-minta kepada orang lain.





[1] Sīrah Ibn Hisyām, (1/176).

[2] Tārīkh al-Tabarī, (3/44).

[3] Satu ‘uqiyah adalah 119 gram perak, jadi empat puluh ‘uqiyah adalah 4,760 kilogram perak.

[4] Sīrah Ibn Hisyām, (1/224).

[5] Taisīr al-Wusūl, (3/178).

[6] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (4/162).

Menjaga Kehormatan Diri

Rasulullah s.a.w. memerintahkan umatnya untuk selalu menjaga kehormatan diri (‘Iffah). Dalam sebuah sabdanya, Beliau berkata:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ عَبْدَهُ الْمُؤْمِنَ الْفَقِيرَ الْمُتَعَفِّفَ أَبَا الْعِيَالِ


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. senang dengan hamba-Nya yang Mukmin dan fakir namun tetap menjaga kehormatan dirinya serta menanggung nafkah keluarganya.”[1]

Berkata sahabat Hakīm bin Hizām r.a.: “Saya pernah meminta sesuatu kepada Rasulullah s.a.w., dan Beliau memberikannya kepadaku. Kemudian saya meminta kembali yang kedua kali, dan Beliau juga mengabulkan permintaanku itu. Setelah itu Beliau berkata kepadaku:

يا حكيم إِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ فَمَنْ أَخَذَهُ بِسَخَاوَةِ نَفْسٍ بُورِكَ لَهُ فِيهِ وَمَنْ أَخَذَهُ بِإِشْرَافِ نَفْسٍ لَمْ يُبَارَكْ لَهُ فِيهِ كَالَّذِي يَأْكُلُ وَلَا يَشْبَعُ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى


Maksudnya: “Wahai Hakīm, sesungguhnya harta benda itu memang indah dan nikmat (digambarkan oleh Rasul dengan hijau dan manis). Sesiapa mengambilnya dengan hati yang lapang (tidak terlalu berobsesi untuk menguaasainya) maka dia akan mendapatkan keberkahan harta tersebut. Dan sesiapa mengambilnya dengan penuh berat hati (sangat berobsesi mendapatkannya sehingga hatinya terasa sempit) maka dia tidak akan mendapatkan keberkahan dengan harta itu, bahkan dia akan menjadi seperti orang sedang makan yang tidak pernah kenyang. Tangan yang di atas (orang yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (orang yang meminta). (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).

Yang dimaksud dengan hadith di atas adalah setiap harta yang didapat dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama tidak akan mendapat keberkahan. Hal itu seperti harta yang diambil dari seseorang, sedangkan orang tersebut merasa berat untuk memberikan harta tersebut.

Apa itu al-‘Iffah?


Al-‘Iffah 9menjaga kehormatan diri) adalah salah satu akhlak yang mulia. Jika seorang hamba menghias dirinya dengan akhlak ini maka dia akan dicintakan oleh Allah s.w.t. dan juga disayangi oleh ramai orang.

Lebih khusus lagi, yang dimaksud dengan al-‘Iffah adalah sikap yang dapat menjaga seseorang dari melakukan perbuatan-perbuatan dosa, baik yang dapat dilakukan oleh tangan, lisan atau kemasyhurannya. Lebih dari itu, dengan sikap al-‘Iffah ini seseorang akan berusaha meninggalkan hal-hal yang sebenarnya dibolehkan untuknya, namun kerana untuk melindungi diri dari hal-hal yang tidak pantas, maka ia rela untuk meninggalkannya.

Baginda Rasulullah s.a.w. sangat menganjurkan sikap al-‘Iffah kerana dengan sikap ini seorang Muslim dapat menjaga kehormatan dan kemuliaan dirinya.

Sikap al-‘Iffah ini sangat penting bagi keperibadian seseorang, sehingga Allah s.w.t menyebutkan kata “al-‘Iffah dan kata yang berasal dari kata asasnya berulang-ulang di berbagai tempat dalam al-Qur’an. menyebutkan kata ini lebih dari satu kali dalam al-Qur’an, bukan hanya sekedar sebagai pengulangan, namun menyebutkannya dalam berbagai tempat juga disertai dengan kandungan bentuk sikap al-‘Iffah  dalam kehidupan manusia. Bentuk macam sikap al-‘Iffah tersebut antara lain sebagai berikut:

Pertama: Berkahwin dan Menjaga Faraj dari Melakukan Hal-hal yang Haram

Hal ini telah disinggung oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nūr, 24: 33, yang ertinya: “Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)-nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya.”

Terdapat empat hal yang menjadi perhatian al-Qurtubī[2] ketika menafsirkan ayat ini:

  1. Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang mempunyai kekuasaan penuh terhadap dirinya sendiri, bukan orang yang berada dalam kekuasaan orang lain, yang perbuatannya mesti disesuaikan dengan kehendak orang yang menguasainya, seperti al-Mahjūr dan (menurut salah satu pendapat) hamba sahaya.

  2. Yang dimaksudkan dengan kata  walyasta‘fif  (وَلْيَسْتَعْفِفْ) pada ayat di atas adalah berusaha supaya menjadi orang yang terhormat dan mulia. Dengan ayat ini Allah s.w.t. memerintahkan orang yang tidak dapat bekahwin kerana adanya halangan, supaya menjaga diri dan kehormatannya (al-‘Iffah). Kerana masalah yang seringa dihadapi oleh seseorang untuk melaksanakan perkahwinan adalah masalah biaya oleh sebab itu Allah s.w.t. berjanji akan memberikan kecukupan kepada orang yang mau menjaga kehormatan dirinya (dengan tidak melakukan perbuatan maksiat) dengan menganugerahkannya rezeki yang dapat digunakan untuk melaksanakan perkahwinan atau dengan mendapatkan isteri yang tidak menuntut mahar yang tinggi atau dengan kesenangannya terhadap wanita berkurang. Sahabat Abū Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada tiga orang yang mendapat hak pertolongan dari Allah s.w.t.: [1] Orang yang berjihad fi sabīlillah, [2] Orang berkahwin dengan niat menjaga kehormatan diri [3] Hamba sahaya mukatab[3] yang ingin membayar (tanggungannya). (H. R. al-Nasā’ī).

  3. Yang dimaksudkan dengan kata al-nikāh dalam ayat lā yajidūna nikāhan (لا يَجِدُوْنَ نِكَاحًا), adalah keadaan seseorang yang tidak memiliki kekayaan untuk berkahwin, seperti untuk biaya mahar dan nafkah. Penafsiran seperti ini atas dasar pertimbangan susunan ayat yang terdapat setelahnya yang menyebutkan: “Hattā yugniyahumullāhu min fadlih (حَتَى يُغْنِيَهُمُ اللهُ مِنْ فَضْلِهِ) (sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya)”. Ada sebahagian kalangan yang salah faham dengan ayat ini dan menyangka bahawa perintah untuk menjaga kehormatan dan kemuliaan diri (al-Isti‘fāf) hanya ditujukan kepada orang yang tidak mempunyai biaya untuk menikah sahaja. Pendapat seperti ini adalah pendapat yang tidak tepat, kerana pada asasnya perintah al-Isti‘fāf ditujukan kepada semua orang yang mempunyai masalah untuk melaksanakan perkahwinan, apapun jenis masalah itu.

  4. Orang yang sanggup mengendalikan nafsu untuk tidak melakukan maksiat, dan mempunyai biaya untuk berkahwin. Orang seperti ini disunnahkan untuk segera melaksanakan perkahwinan. Namun apabila dia tidak mempunyai biaya maka dia harus berusaha sekuat tenaga untuk menjaga kehormatan diri, walaupun dengan cara berpuasa. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya puasa baginya (pemuda) adalah obat penawar”.[4] Adapun orang yang sering tergoda dengan ajakan hawa nafsunya, maka ia hendaknya berusaha sekuat tenaga untuk menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang terbaik di antara kalian adalah orang yang cergas dan mampu menjaga diri (dari melakukan dosa), di saat tidak mempunyai keluarga dan anak”.


Berkahwin dengan perempuan hamba sahaya diperbolehkan agama apabila memang tiada biaya untuk kahwin dengan perempuan merdeka. Allah hanya memberikan dua pilihan kepada hambanya; Kahwin atau menjaga kehormatan dirinya, adapun selain kedua pilihan ini maka hukumnya haram. Adapun menggauli hamba sahaya milik peribadi (milk al-yamīn diperbolehkan secara syar‘iy berdasarkan ayat “aw mā malakat aimānukum” (أوْ مَا مَلَكَتْ أيْمَانُهُمْ). Dan ini termasuk pengecualian hal-hal yang diharamkan dalam perihal ini. Sehingga contoh hal-hal yang diharamkan dalam hal ini adalah seperti onani atau masturbasi dan terlebih lagi nikah mut‘ah.

Dalam ayat yang kita bahas ini terdapat perintah untuk bersungguh-sungguh dalam menjaga kehormatan dan kemuliaan diri bagi orang yang tidak dapat melaksanakan perkahwinan kerana terdapat masalah seperti tidak mempunyai biaya.

Dalam al-Qur’an, ayat ini berada setelah rangakian susunan ayat yang menerangkan tentang perintah untuk melindungi diri dari fitnah dan maksiat, iaitu ayat yang menerangkan tentang ghad al-basar (menahan pandangan). Selain itu ayat sebelumnya juga menjelaskan tentang perintah untuk berkahwin supaya kehormatan dan hati seseorang terlindungi, dan juga perintah untuk menahan diri dari dorongan hawa nafsu, bersabar sehingga sampai waktunya untuk berkahwin.[5]

Permasalahan lain yang mempunyai hubung kait dengan masalah melindungi faraj dari berzinah adalah permasalahan perempuan yang sukakan menghias diri, dan memperlihatkan bagian tubuh yang dapat menimbulkan syahwat. Oleh kerana itu Allah s.w.t. memerintahkan hamba-Nya untuk selalu melindungi diri dan selalu taat kepada-Nya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nūr, 24: 60, yang ertinya: “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Adapun wanita tua yang tiada gairah lagi untuk kahwin, dibolehkan membuka bagian-bagian tubuh tertentu yang tidak termasuk aurat bagi orang seumur dia. Adapun bagian-bagian tubuh lainnya yang termasuk aurat tidak boleh diperlihatkan.[6]

Penjelasan di atas berusaha membahas dengan singkat masalah perintah untuk berkahwin dan menjaga faraj dari perbuatan-perbuatan nista. Al-Qur’an menganjurkan dalam hal ini dengan anjuran yang sangat menarik, begitu juga dengan sabda-sabda Rasulullah s.a.w.. Di antara sabda Rasul yang sangat masyhur dalam masalah ini adalah anjuran Beliau kepada para pemuda untuk menghias diri dengan tingkah laku yang baik dan menjaga diri dari perbuatan-perbuatan dosa.

Kedua: Amanah dan Hati Bersih

Sifat amanah atau dapat dipercaya merupakan di antara sifat al-‘Iffah, begitu juga bersihnya hati dari rasa hasad terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. Dengan mengembangkan dua sifat ini dalam diri maka kehormatan dan kemuliaan seseorang akan terus meningkat.

Dalam al-Qur’an, Allah s.w.t. melarang hamba-Nya yang beriman menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama. Allah s.w.t. berfirman dalam al-Nisā’, 4: 6, yang ertinya: “Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu memakan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Sesiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan sesiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut.”

Ayat ini diturunkan berkaitan dengan masalah yang menimpa Thābit bin Rifā‘ah dan pamannya. Di saat Rifā‘ah meninggal, anaknya yang bernama Thābit masih kecil. Kemudian Thābit diasuh oleh pamannya. Pada suatu hari paman Thābit menghadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasul. Anak saudaraku ditinggal mati ayahnya dan dia masih kecil (yatim). Sekarang ia menjadi tanggung jawabku. Bagian hartanya yang manakah yang halal bagiku, dan kapankah saya menyerahkan harta itu kepadanya?” Kemudian Allah menurunkan ayat di atas.[7]

Untuk menguji kepandaian anak yatim, sebahagian ulama menganjurkan kepada wali yang bertanggung jawab atasnya untuk memperhatikan perilakunya dan memperhatikan keinginan-keinginannya, sehingga si wali merasa bahawa anak tersebut memang sudah pandai dan dapat mengambil keputusan secara persendirian dalam mengatur diri dan mengelola hartanya dengan baik.

Jika ada tanda-tanda bahawa anak tersebut sudah mampu mengurus hartanya sendiri, maka wali yang bertanggung jawab mengasuhnya boleh memberikan sebahagian harta milik anak tersebut untuk dibelanjakan sendiri. Jika dalam mengelola harta, anak tersebut terlihat sudah pandai, maka wali sudah semestinya menyerahkan semua harta milik anak yatim tersebut. Sikap seperti ini merupakan di antara sikap al-‘Iffah, menjaga kehormatan dan kemuliaan diri.

Namun apabila dalam masa uji coba, anak tersebut masih belum mampu mengelola sebahagian harta yang diberikan, maka wali harus menjaga hartanya tersebut.[8]

Erti kata “nikāh” dalam firman Allah s.w.t., “hattā idhā balaghū al-nikāh” (حَتَى إذَا بَلَغُوا النِّكَاحِ) adalah masa baligh. Kesimpulan ini didasarkan pada firman Allah yang lain: “wa idhā balagha al-atfāl minkum al-huluma” (حَتَى إذَا بَلَغَ الأطْفَالُ مِنْكُمْ الْحُلُمَ). Erti kata al-hulum di sini adalah masa baligh dan saat untuk berkahwin.

Terdapat tiga tanda seseorang telah mencapai umur baligh, baik tanda-tanda itu untuk lelaki maupun perempuan: [1] Mimpi basah; [2] Tumbuhnya rambut di sekitar faraj; [3] Sudah mencapai umur tertentu. Selain itu terdapat dua tanda yang khusus dimiliki oleh kaum wanita, iaitu haid dan hamil. Ulama bersepakat bahawa apabila seorang wanita telah mengalami salah satu dari dua hal itu, maka dia telah mencapai umur baligh, sehingga dia sudah berkewajiban menjalankan kewajiban-kewajiban agama.

Batas umur baligh bagi kaum lelaki adalah ketika ia sudah mencapai umur lima belas tahun. Ketika ‘Abdullāh ibn ‘Umar ingin ikut serta dalam perang Khandāq, Rasul memberi izin kepadanya kerana dia sudah berumur lima belas tahun. Sedangkan ketika dia hendak ikut perang Uhud, Rasul tidak mengizinkannya, kerana dia masih berumur empat belas tahun.[9]

Sifat amanah dan hati bersih merupakan dua sifat mulia yang termasuk salah satu bentuk al-‘Iffah. Hal itu sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah s.w.t.: “Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu memakan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Sesiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan sesiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut.”

Maksud dari ayat di atas adalah masa uji kemampuan minda anak yatim untuk membelanjakan hartanya dapat dicoba sebelum datang masa baligh, dan apabila anak tersebut terlihat mempunyai kemampuan mengatur harta dengan baik, maka wali harus menyerahkan semua harta milik anak yatim tersebut, meskipun dia belum sampai umur baligh.

Wali yang mengasuh anak yatim, boleh mengambil harta anak yatim tersebut sekedar untuk keperluan yang wajar. Dia tidak boleh berlebih-lebihan mengambil harta anak yatim dan juga tidak boleh mempunyai niat menghabiskan harta anak yatim dengan segera sebelum anak yatim tersebut sampai cukup umur baligh.

Dilihat dari sudut ekonomi, wali anak yatim ada dua macam; kaya dan fakir. Wali yang kaya harus menahan diri agar tidak mengambil harta anak yatim yang ia asuh. Cukup baginya harta yang sudah dianugerahkan Allah kepadanya. Dia harus mendahulukan rasa kasih sayang terhadap anak yatim dan menjaga hartanya dengan penuh tanggung jawab, dan apabila telah sampai waktu penyerahan harta, maka dia harus menyerahkan semua harta tersebut.

Adapun wali yang fakir, dia diperbolehkan mengambil sebagian harta anak yatim tersebut sebagai imbalan jasa secukupnya dan harus secara wajar.[10]

Ketiga: Tetap Menjaga Kehormatan Diri ketika Mencari Harta, Meskipun Sedang Dalam Keadaan Memerlukan

Keadaan ekonomi yang menghimpit, kadang-kadang mendorong seseorang untuk mencari makan dan harta dengan cara meminta kepada orang lain. Namun di antara mereka, terdapat orang yang tetap menjaga kehormatan dirinya dengan tidak meminta-minta. Orang yang seperti ini mendapatkan reda dan pahala dari Allah. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah, 2: 273, yang ertinya: “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak.” 

Yang dimaksudkan dengan al-Fuqarā’ dalam ayat ini adalah orang-orang fakir dari kaum Muhajirin baik yang berasal dari suku Quraisy atau yang lain. Namun secara umum ayat tersebut menerangkan tentang orang-orang fakir sepanjang masa. Orang-orang fakir Muhajirin dalam ayat ini disebut secara khusus kerana pada masa itu tiada orang fakir selain mereka. Mereka ini adalah yang dikenal dengan nama ahl al-Suffah, yang berjumlah empat ratus orang. Mereka berkumpul di masjid Nabawī dan meminta bantuan kepada Nabi s.a.w.. Mereka tidak mempunyai harta dan keluarga. Oleh karena iru Rasulullah menyediakan bilik khusus (suffah) di dalam masjid untuk mereka, sehingga mereka terkenal dengan sebutan ahl al-suffah.

Abū Dharr r.a. berkata: “Saya termasuk salah satu ahl al-Suffah. Jika sampai waktu petang, kami datang ke pintu rumah Rasulullah s.a.w.. Beliau menyuruh beberapa orang daripada kami (untuk melakukan sesuatu) dan orang tersebut pergi bersama satu orang lainnya. Akhirnya yang tersisa daripada kami tidak lebih dari sepuluh orang. Kemudian Rasul menyiapkan makan malam untuk kami, dan kami pun akhirnya makan malam bersama Beliau. Setelah kami selesai makan, Rasulullah s.a.w. berkata: ‘Tidurlah kalian di masjidku’.”

Sahabat al-Barrā’ bin ‘Āzib r.a. menerangkan bahawa ayat: “walā tayammamu al-khabītha minhu tunfiqūn” (وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيْثَ مِنْهُ تُنْفِقُوْنَ) (al-Baqarah, 2: 267), diturunkan berkaitan dengan kaum Ansar yang penghasilannya berasal dari ladang kurma. Pada kebiasaannya mereka memberikan hadiah satu atau dua tangkai kurma dan menggantungkan di dinding masjid. Sementara itu Ahl al-Suffah adalah orang-orang yang tidak mempunyai makanan, jika perut mereka merasa lapar, mereka mendekati tangkai kurma tersebut dan memukul dengan tongkat sehingga kurma-kurma itu berjatuhan baik yang sudah masak atau yang belum. Setelah itu kemudian mereka memakannya. Pada suatu waktu ada orang yang tidak senang dengan kebiasaan baik ini, menggantungkan setangkai kurma yang jelek-jelek dan setangkai kurma lagi yang sudah retak-retak di dinding masjid. Kemudian Allah s.w.t menurunkan ayat: “Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”  (al-Baqarah, 2:  267).

Setelah ayat ini diturunkan, kami selalu memberikan kurma-kurma terbaik yang kami hasilkan. (H. R. al-Tirmidhī).

Sikap terpaksa lah yang mendorong ahl al-Suffah duduk dan berdiam di masjid dan makan dari pemberian orang lain. Namun setelah Allah s.w.t. memberikan anugerah kepada kaum Muslimin dengan banyaknya kemenangan yang dicapai, mereka tidak lagi bersikap seperti itu, bahkan di antara mereka ada yang menjadi amīr (menteri besar). Yang perlu diperhatikan di sini adalah, hal yang mendorong orang-orang fakir Muhajirin melakukan hal tersebut adalah kerana keadaan yang sudah sememangnya memaksa mereka untuk melakukan itu semua, sebagaimana diterangkan oleh Allah s.w.t.: “Alladhīna uhshirū fī sabīlillah” (الذِّيْنَ احْصِرُوْا فِي سَبِيْلِ اللهِ).

Ahl al-Suffah tidak mau meminta-minta kepada orang lain, mereka menggantungkan nasibnya kepada ketentuan Allah s.w.t.. Sikap mereka yang demikian ini menyebabkan banyak orang menyangka bahawa mereka adalah orang kaya. Kemiskinan tidak dapat diukur dengan pakaian yang dipakai seseorang. Oleh kerana itu, orang yang terbiasa memakai pakaian cantik boleh diberikan bahagian zakat padanya apabila ia termasuk kelompok orang miskin. Dalam al-Qur’an Allah s.w.t. memerintahkan para sahabat untuk memberi bantuan kepada kaum Muhajirin yang tidak sakit dan tidak buta ketika mereka ikut perang bersama Rasulullah s.a.w..

Kerana mereka sibuk berjuang fi sabīlillah, maka tiada waktu baginya untuk bekerja mencari nafkah. Ada sebahagian ulama yang menegaskan bahawa orang-orang fakir yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah para ahl al-Suffah. Sehingga para sahabat lain yang mempunyai kelebihan makanan, memberikannya kepada mereka pada waktu petang.

Orang yang tidak mengetahui, menyangka bahawa Ahl al-Suffah tersebut adalah orang-orang kaya, kerana mereka tidak mau meminta-minta kepada orang lain. Namun orang yang memperhatikan mereka dengan teliti, akan melihat wajah mereka pucat dan mata mereka sayu. Meskipun keadaan mereka seperti itu, namun majoriti mereka tetap tidak mau meminta bantuan kepada orang lain, dan sebahagian lagi meminta bantuan orang lain namun dengan cara yang sopan dan tidak memaksa.

Rasulullah SAW dan Sifat Al-‘Iffah


Rasulullah s.a.w. adalah teladan utama dalam melaksanakan sifat al-‘Iffah. Beliau selalu menjaga diri, menjaga tangan dan lisannya dari perbuatan-perbuatan yang tidak sesuai. Dalam masalah menjaga kehormatan dan kemuliaan diri, Beliau berada pada tingkat tertinggi di antara semua manusia. Kerananya Beliau menjadi panutan utama dalam masalah perilaku dan akhlak mulia seperti adil, amanah, menerima ketetapan Allah, berani dan sifat lainnya.

Sifat ‘Iffah yang dimiliki Rasulullah sangat lengkap dan sempurna. Beliau selalu menghindarkan diri daripada perbuatan-perbuatan tercela kerana Allah s.w.t. telah melindunginya dari perbutan tersebut sejak Beliau masih kecil lagi. Beliau tidak pernah mempunyai keinginan untuk melakukan tindakan tercela, sehingga selama hidupnya tangan Beliau tidak pernah menyentuh seorang wanita selain isteri, mahram atau hamba sahaya Beliau.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya tidak pernah mempunyai keinginan untuk melakukan tindakan-tindakan yang biasa dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah kecuali dua kali, dan semua itu tidak jadi saya lakukan, kerana Allah menghalangiku dari melakukan keinginan tersebut. Setelah itu saya sama sekali tidak pernah mempunyai keinginan jahat sehingga dianugerahkan kepada saya sebuah risalah oleh Allah s.w.t.. (Dua kejadian itu adalah) pada suatu malam saya berkata kepada seorang Quraisy yang bersama menggembalakan kambing denganku di (bukit-bukit) Makkah, ‘Saya harap kamu mau memperhatikan kambingku, sehingga saya masuk kota Makkah, sampai saya mengikat kambing-kambing itu seperti yang biasa dilakukan oleh para pemuda?’ Orang tersebut menyetujuhi permintaanku. Kemudian saya melangkahkan kaki dan sesampainya saya di rumah pertama penduduk Makkah saya mendengar ada suara jamuan perkahwinan (yang dimeriahkan) dengan gendang dan seruling. Saya bertanya kepada penduduk: ‘Ada apakah ini?’ Mereka menjawab: ‘Fulan bin Fulan berkahwin dengan Fulanah binti Fulan.’ Kemudian saya duduk dan melihat mereka, namun Allah s.w.t. menghilangkan fungsi telingaku, sehingga akhirnya saya tertidur. Ketika saya bangun, matahari sudah mulai nampak. Kemudian saya datang kepada kawanku dan dia bertanya kepadaku: ‘Apa yang kamu lakukan semalam?’ saya menjawab: ‘Saya tidak melakukan apa-apa’, kemudian saya menceritakan semua yang terjadi kepadanya.

Pada waktu malam yang lain, saya mengatakan hal yang sama kepada kawanku itu, dan dia juga menyetujuhinya. Ketika saya memasuki kota Makkah saya mendengar suara seperti apa yang pernah saya dengar dahulu. Lalu saya duduk, namun Allah menghilangkan fungsi telingaku sehingga akhirnya saya tertidur, dan ketika bangun matahari sudah nampak. Saya kembali menemui kawanku dan menceritakan kejadian tersebut kepadanya. Setelah kejadian itu saya tidak pernah mempunyai keinginan jahat sehingga Allah memuliakanku dengan risalah-Nya.”[11]

Untuk menegaskan pentingnya sikap ‘Iffah ini, Rasulullah s.a.w. menyeru kepada umatnya untuk selalu menahan pandangan (ghadd al-Basar) dan melarang mereka berlepak di tepi jalan, kerana boleh jadi ada wanita yang enggan melalui jalan tersebut kerana malu dilihat oleh lelaki atau takut aurat dan perhiasan peribadinya terlihat secara tidak sengaja oleh orang-orang yang sedang berlepak di tepi jalan. Namun apabila berrehat di tepi jalan tidak dapat ditinggalkan, mereka harus menjaga akhlak dan menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak terpuji, di antaranya adalah dengan menahan pandangan (ghadd al-Basar). Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian duduk berlepak di tepi jalan. Namun apabila kalian tetap duduk di tepi jalan hendaknya kalian menahan pandangan, menjawab salam, memberi petunjuk kepada orang yang tersesat dan menolong orang yang lemah.”[12]

Petunjuk Rasulullah dalam hal menahan pandangan mata sebagaimana disebutkan di atas merupakan kelanjutan daripada aturan Allah s.w.t. dalam hal larangan melihat hal-hal yang diharamkan, sebagaimana tertulis dalam al-Qur’an: “Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara farajnya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (30) Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara faraj mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (31) (al-Nūr, 24: 30-31).

Yang dimaksud dengan kata al-Zīnah dalam ayat di atas adalah segala sesuatu yang digunakan oleh wanita untuk berhias. Perhiasan lahiriyah seperti pakaian, tidak dilarang memperlihatkannya kepada orang lain apabila masih dalam batas-batas yang diperbolehkan syariah. Adapun perhiasan seperti gelang tangan dan kaki, selempang dan anting-anting tidak boleh diperlihatkan kepada orang lain.

Jika kita teliti dan perhatikan, yang disebutkan dalam ayat di atas adalah perhiasan, bukan tempat di mana perhiasan itu berada. Hal ini dimaksudkan untuk memberi penekanan akan pentingnya menutup aurat secara rapat. Sebagaimana diketahui bersama, perhiasan-perhiasan tersebut adalah dimaksudkan untuk menghias bahagian-bahagian tubuh tertentu wanita yang tidak boleh dilihat oleh selain mahramnya, iaitu tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga.

Di sisi lain terdapat juga bahagian-bahagian tubuh wanita yang boleh diperlihatkan kepada orang lain, iaitu bahagian-bahagian tubuh luar yang apabila dipaksa untuk ditutupi maka kaum wanita akan mengalami kesulitan, iaitu telapak tangan, wajah dan telapak kaki. Telapak tangan adalah bahagian tubuh yang mempunyai peranan penting dalam kehidupan sehari-hari, seperti mengambil atau membuang sesuatu. Begitu juga dengan muka, apabila ditutup maka wanita akan mengalami kesulitan ketika berjalan, menjadi saksi atau dalam persidangan. Begitu juga halnya dengan telapak kaki.

Ayat di atas juga menerangkan bahawa bahagian tubuh sekitar dada wanita adalah aurat, Oleh kerana itu Allah s.w.t. memerintahkan kaum wanita untuk menutupnya.

Setelah ayat di atas melarang wanita memperlihatkan al-Zīnah, kemudian ayat tersebut menerangkan orang-orang yang boleh melihat al-Zīnah tersebut. Di antaranya adalah wanita-wanita yang merupakan kawan, pembantu atau hamba sahaya, pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Ayat di atas juga menerangkan larangan menghentakkan kaki ke tanah dengan tujuan supaya orang di sekitarnya mendengar suara gelang kaki (keroncong) yang dipakainya, sehingga ia menjadi objek perhatian.[13]

Rasulullah s.a.w. selalu menjaga kata-kata yang keluar dari lisannya. Meskipun sedang dalam keadaan marah atau terhadap musuh, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengeluarkan kata-kata kotor, umpatan atau cercaan.

Suatu ketika setelah Fath al-Makkah (pembebasan Makkah), Rasulullah bersama dengan Abū Bakar dan dua putera Sa‘īd bin al-‘Ās pergi ke bandar Tā’if. Di tengah perjalanan, Abū Bakar melewati sebuah kubur, kemudian dia bertanya: “Kubur siapakah ini?” Orang-orang menjawab: “Kubur Sa‘īd bin al-‘Ās”. Kemudian dengan nada marah Abū Bakar berkata: “Semoga Allah melaknat penghuni kubur ini. Dia telah memerangi Allah dan Rasul-Nya.”

Mendengar ucapan Abū Bakar ini, putera Sa‘īd yang bernama ‘Amr marah, dan mengadu kepada Rasulullah: “Wahai Rasul, ini adalah kubur orang yang lebih banyak memberi makan dan banyak menolong orang yang kesusahan daripada Abū Quhāfah (ayah Abū Bakar).” Abū Bakar juga mengadu kepada Rasul: “Wahai Rasul, dia tadi mengatakan hal serupa kepadaku.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada ‘Amr: “Cukup wahai ‘Amr.” ‘Amr pun menyingkir, sedangkan Rasulullah s.a.w. mendekati Abū Bakar dan berkata kepadanya: “Wahai Abū Bakar apabila kamu berbicara tentang orang kafir maka buatlah kalimat yang masih umum. Jika kamu menyebut seseorang secara khusus, maka anak-anaknya tentu akan marahkan kamu.” Setelah kejadian ini, umat Islam tidak pernah menjelekkan seorang kafir secara khusus.

Rasulullah s.a.w. juga melarang para sahabat mengumpat korban perang Badar daripada kalangan kaum musyrikin. Beliau berkata: “Janganlah kalian mengumpat mereka. Apa yang kamu katakan tidak akan berpengaruh bagi mereka, bahkan kalian akan menyakiti hati orang-orang yang masih hidup. Ketahuilah kekejian adalah sesuatu yang hina.”

Di saat Rasulullah s.a.w. melewati kaum Thāqif, salah seorang sahabat berkata kepadanya: “Wahai Rasul. Doakanlah mereka agar mendapatkan laknat.” Kemudian Rasul berdoa: “Ya Allah berikanlah hidayah kepada kaum Thāqif dan datangkanlah hidayah itu kepada mereka.” [14]

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan doa serupa ketika Beliau diminta untuk melaknat kaum Dus.

Suatu hari ada seorang dari kampung yang diberi nasihat oleh Rasul. Isi nasihat tersebut adalah: “Bertakwalah kamu kepada Allah. Jika ada seseorang membuka aibmu yang memang dia mengetahuinya, janganlah kamu membalas membuka aibnya yang kamu mengetahuinya itu. Dosanya akan ditanggung sendiri dan kamu akan mendapatkan pahala. Dan janganlah sekali-kali kamu mengumpat.”

Setelah perang Uhud selesai, sebahagian sahabat meminta Nabi untuk melaknat orang-orang Quraisy, namun Rasul menjawab: “Sesungguhnya saya diutus dengan membawa kasih sayang, saya tidak diutus sebagai tukang melaknat. Ya Allah ampunilah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Beliau tidak pernah melaknat mereka, padahal mereka adalah musuhnya. Setiap diminta untuk mendoakan jelek pada seseorang, baik orang Muslim maupun kafir, Beliau selalu mendoakan orang tersebut agar mendapatkan kebaikan.

Di saat Beliau harus berdoa untuk kejelekan musuhnya, sebagaimana yang terjadi ketika perang Ahzāb, Beliau mengucapkan: “Ya Allah, Tuhan yang menurunkan al-Kitab, yang sangat cepat pembalasan-Nya. Hancurkanlah musuh-musuh kami, hancurkanlah mereka dan porak-porandakanlah (barisan) mereka.”[15]

Seandainya bukan kerana pasukan musuh hendak menyerbu Madinah dan mengancam keberadaan masyarakat Muslim, maka Nabi tidak akan berdoa seperti  itu.

Rasulullah s.a.w. adalah teladan utama dalam masalah menjaga kemuliaan diri, amanah, menjaga lisan, zuhud, adil dan lebih mengutamakan kepentingan orang lain. Hal ini nampak jelas pada setiap saat  umat Islam memperoleh kemenangan dalam perang. Harta pampasan perang berada di tangan Beliau, namun Beliau tidak mengambil kecuali sebahagian kecil yang hanya cukup untuk memenuhi keperluannya dan keluarga. Pada suatu kesempatan Beliau pernah melihat unta cantik hasil daripada pampasan perang, namun Beliau berkata: “Harta pampasan perang ini tidak halal bagiku kecuali seperlima sahaja. Sedangkan sisanya dibahagikan kepada kalian.”

Beliau pernah diberi uang dinar, kemudian Beliau membagikan kepada masyarakat. Uang tersebut tidak dapat habis dibagi dalam satu hari, kerananya masih ada tersisa enam dinar, dan sisa itu ia titipkan kepada salah seorang isterinya. Pada malam hari, Beliau tidak dapat tidur sehingga datang waktu pagi dan Beliau membagikan uang yang masih tersisa. Setelah itu, Beliau berkata: “Sekarang saya merasa tenang.”

Hati Rasul s.a.w. sangat bersih, tangannya tidak pernah digunakan untuk melakukan perbuatan dosa. Beliau tidak pernah merasa bangga memiliki sesuatu yang tidak di miliki orang lain. Beliau bersabda: “Seandaiya saya mempunyai emas sebesar gunung Uhud, dan ada satu dinar yang berada di rumahku, saya  tidak merasa senang dengan itu kecuali apabila satu dinar itu disisihkan untuk keperluan agama.”

Rasulullah selalu menganjurkan umatnya untuk menjaga kehormatan diri, supaya mereka dapat merasakan kebahagiaan baik di dunia maupun di akherat. Di antara sabda-sabda Beliau yang berkaitan dengan masalah ini adalah:

  1. Rasulullah s.a.w. bersabda:


الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى


Maksudnya: “Tangan yang di atas (orang yang memberi) lebih utama daripada tangan yang di bawah (orang yang meminta-minta)”.[16]

2. Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَأَنْ يَحْتَطِبَ أَحَدُكُمْ حُزْمَةً عَلَى ظَهْرِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ أَحَدًا فَيُعْطِيَهُ أَوْ يَمْنَعَهُ


Maksudnya: “Seandainya salah seorang di antara kalian mencari kayu bakar dan menggendongnya di atas punggung maka hal itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada seseorang, yang ada kalanya di beri ada kalanya ditolak.”[17]

3. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kaya bukanlah kerana banyaknya harta yang dimiliki, namun kaya (yang sebenar) adalah berlapang jiwa (menerima ketetapan Allah s.w.t.).”[18]

4. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa meminta-minta, sedangkan dia tidak dalam keadaan fakir, maka seakan dia memakan bara api.”[19]

5. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaknya kalian menanamkan sifat qana‘ah pada diri kalian. Kerana sesungguhnya qana‘ah adalah harta yang tidak akan pernah habis.”[20]

6. Ada beberapa orang dari kaum Ansar yang meminta sesuatu kepada Rasulullah s.a.w.. Beliau memberikan kepada mereka apa yang mereka inginkan. Pada lain waktu orang-orang tersebut meminta kembali kepada Rasul, dan Rasul memberikan apa yang mereka inginkan, sehingga akhirnya Rasul kehabisan barang yang dapat diberikan kepada mereka. Kemudian Rasul berkata: “Saya tidak akan pernah menyembunyikan harta milikku dari kalian. Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin bersikap ‘Iffah, maka Allah akan menolongnya untuk itu. Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin mendapatkan perasaan cukup, Allah akan memberinya rasa cukup (dalam hatinya). Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin bersabar, Allah akan menolongnya untuk menjadi orang yang sabar. Tidak ada anugerah yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.”[21]

7. Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ عَبْدَهُ الْمُؤْمِنَ الْفَقِيرَ الْمُتَعَفِّفَ أَبَا الْعِيَالِ


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukakan orang miskin yang tetap menjaga kehormatan dirinya dan menanggung nafkah keluarganya.”[22]

8. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukakan orang pemalu, penuh kasih sayang dan menjaga kehormatan diri. Allah membenci orang cabul, suka meminta-minta dan memaksa (ketika meminta-minta).”

9. Seorang dari kampung datang menghadap Rasul dan meminta nasihat kepadanya, “Wahai Rasul, berilah saya mauizah yang singkat!” Rasul bersabda:

إِذَا قُمْتَ فِي صَلَاتِكَ فَصَلِّ صَلَاةَ مُوَدِّعٍ وَلَا تَكَلَّمْ بِكَلَامٍ تَعْتَذِرُ مِنْهُ وَأَجْمِعْ الْيَأْسَ عَمَّا فِي أَيْدِي النَّاسِ


Maksudnya: “Jika kamu menjalankan salat, maka lakukanlah dengan tenang dan sempurna. Janganlah kamu mengatakan sesuatu yang dapat membuatmu menyesal esok hari. Tumbuhkan keputusasaan (hilangkan obsesi di hati kamu) untuk mendapatkan apa





[1] Kanz al-Ummāl, (1/80).

[2] Tafsīr al-Qurtubī, (12/161).

[3] Hamba sahaya mukatab adalah, hamba sahaya yang membuat perjanjian dengan tuan punya, apabila dia berhasil membayarkan uang sebanyak yang disepakati maka ia akan menjadi orang merdeka (bebas).

[4] H. R. al-Bukhārī dan Muslim.

[5] Tafsīr al-Kasysyāf,  (2/93).

[6] Al-Kasysyāf, (2/99)

[7] Al-Qurtubī, (5/24).

[8] Ibid,

[9] Hadith Ibn ‘Umar dalam Sahīh Muslim.

[10] Lihat Tafsīr al-Kasysyāf, (1/190).

[11] Tārīkh al-Tabarī, (1/196).

[12] Taisīr al-Wusūl, (2/263).

[13] Lihat Tafsīr al-Qurtubī, al-Kasysyāf dan Tafsīr Surah al-Nūr karya al-Maududī.

[14] Al-Sīrah karya Ibn Hisyam.

[15] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (2/264).

[16] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/246).

[17] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/250).

[18] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/251).

[19] Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (2/373).

[20] Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (2/94).

[21] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/255).

[22] Kanz al-Ummāl, (2/80).